Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Wednesday, September 28, 2011

Cerita si "Bahau", baka Flemish Giant

Salam sejahtera,
Ingin berkongsi tentang si Bahau induk Flemish Giant yang baru melahirkan anak hujung minggu lepas. 6 ekor anak telah dikurniakan Allah hasil perkahwinannya dengan Akbar. Ini merupakan kelahiran kali ke-3 buat Bahau. Pada kelahiran sulung, 6 anak telah dilahirkan (26 Mac 11) dan kemudiannya setelah 2 kali perkahwinan tidak berjaya Bahau telah melahir se ekor anak sahaja pada kelahiran ke-2 (23 Jul 11).

Akbar , sedia berkhidmat.....
Sepatutnya Bahau boleh melahirkan banyak anak jika pemeriksaan bunting (palpating) diadakan. Teknik pengesahan bunting peringkat awal masih lagi belum menjadi suatu kemahiran aku. Pada lingkungan 2 minggu sepatutnya telah boleh dirasakan seperti biji-biji anggur dalam kandungan induk. 

Kini generasi kedua baka pedaging dari induk pertama yang dibeli telah mula melahirkan anak. Baka kacukan semakin berkurangan. Baka pedaging atau kacukan pedaging telah mula mendominasi sangkar yang ada di KAA. Aku masih mengikuti tumbesaran anak-anak pedaging yang dilahirkan berbanding jenis pallet yang diberikan. Sebahagian besar diberikan pallet biasa dan sebahagian kecil sahaja mendapat pallet Gold Coin. Untuk tujuan komersial memang tak menguntungkan dengan memberi makan pallet premium jika harga daging yang dijual hanya RM30/kilo. Harga Gold Coin dah menghampiri RM40 seguni.

Cita-cita untuk membesarkan lagi ternakan ini masih difikirkan jika rakan kongsi dan lokasi yang sesuai ditemui. Tanah tempat aku menumpang ni tak lama lagi akan dibuat rumah di atasnya. Adik aku dah menyatakan hasratnya untuk menambun tanah, mendapatkan plan rumah dll.

Wednesday, September 7, 2011

Korban Raya

Salam sejahtera,
Kedatangan Syawal tahun ini menyaksikan berbelas ekor arnab aku menjadi korban hari lebaran. Sehari sebelum aku pulang beraya di rumah mertua, 5 ekor telah dijual untuk barbecue. Selepas tu beberapa ekor lagi telah disembelih untuk keluarga dan saudara terdekat. Aku bercadang nak fokuskan pada baka pedaging yang ada dan baka hias terpilih sahaja. Baka campuran yang terpilih sahaja akan disimpan. Yang lain tu samada di jual atau akan menjadi juadah keluargaku.

Di bawah ni adalah anak-anak kacukan pedaging yang dah hampir 1bulan. Siapa yang berminat boleh buat tempahan. RM50 se ekor.

Bulan Ogos tak banyak kelahiran. Sebahagiannya kerana dirancang dan sebahagian lagi kerana tak menjadi. Insya Allah dalam bulan ini jika semua induk yang dikahwinkan berjaya, memang tak cukup sangkar lah jawabnya.

Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya

Salam sejahtera semua,
Alhamdulillah tahun ini aku sekeluarga beraya di Melaka. Ahad kami bertolak dari Penang dan seperti biasa perjalanan yang menoggak arus memang agak mudah. Hampir tiada traffic jam berbanding yang nak ke Utara. Pada mulanya dianggarkan perjalanan mungkin akan mengambil masa sehingga 8 jam. Perjalanan sebenar hanya sekitar 6 jam lebih sahaja. Sempatlah berbuka dirumah mertua.

Hari ini aku sekeluarga bertolak pulang semula menuju ke Utara. Boleh tahan juga kenderaan yang berada di lebuhraya. Di sesetengah tempat walaupun kenderaan masih berjalan tapi pada kelajuan yang "merangkak".
Dalam perjalanan aku sempat singgah di PD untuk melawat tempat peliharaan rakan penternak di sana. Mulanya  hanya nak lihat-lihat je,tapi akhirnya sambar juga sepasang English Anggora dek kerana terpikat dengan kecantikan dan kegebuan bulunya. Harapan aku agar pasangan EA ini akan membiak dengan baik.