Salam Ramadan buat semua. Semoga kita peminat arnab mengambil peluang menambahkan amal masing-masing dibulan yang mulia ini. Di akhir Ramadan, semua kita akan merayakan kejayaan kita dengan menyambut Aidil Fitri. Seperti biasa aku dan keluarga akan pulang beraya bersama kedua orang tua di kampung. Aku ada sedikit kerisauan kerana terpaksa meninggalkan semua arnab-arnab aku. Biasanya bantuan diberikan oleh saudara mara aku yang menetap di sini. Tapi maklum sajalah hari raya, semua sibuk beraya dan kekadang terlepas pandang. Risau...risau....
Aku telah membuat tindakan untuk tidak mengahwinkan arnab-arnab di KAA pada 2 minggu lepas. Ini dibuat untuk memastikan tiada yang akan dilahirkan dalam musim cuti Raya nanti. Aku juga bercadang nak kurangkan sedikit jumlah arnab yang ada dengan menjadikan mereka sebagai hidangan Raya nanti. Mungkin jadi rendang untuk dimakan bersama ketupat.
selamat berpuasa...
Arnab untuk dijual
- Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas
Tuesday, August 9, 2011
Thursday, July 7, 2011
Belum bersedia....
Salam sejahtera,
Aku berhenti untuk minum air pada suatu malam bersama seorang kawan di salah sebuah gerai makan di sekitar Sg. Dua. Kebetulan kawan aku merupakan teman sekelas dengan tuan kedai. Aku diperkenalkan kepada tuan kedai sebagai penternak arnab. Dipendekkan cerita, tuan kedai telah memberi tawaran padaku untuk membekalkan daging arnab untuk dijadikan salah satu menu di situ. Aku teragak-agak untuk membekalkan daging arnab kerana tak mungkin aku dapat menjadi pembekal yang baik buat masa terdekat ini. Untuk bekalan 5 ekor setiap hari bermakna akan habislah semua arnab yang aku miliki dalam masa hanya 10 hari sahaja. Tawaran yang baik tapi buat masa ini memang aku tak bersedia lagi.
Setakat ini aku hanya menjual daging arnab bila ada lebihan stok kepada kenalan ditempat kerja atau rakan
saudara-maraku. Untuk karkas arnab, harga yang aku jual ialah RM30/kilo. Arnab hidup untuk tujuan disembelih pula RM20/kilo.

Tuesday, July 5, 2011
6-10 Julai di Dewan Millenium, Kepala Batas
Salam sejahtera,
Insya Allah jualan arnab akan diadakan di Dewan Millenium pada 6-10 Julai sempena Ekspo Usahawan Bumiputera P. Pinang. http://www.facebook.com/PenBEX
Stok tak banyak kali ini kerana banyak yang mati akibat kelaparan kelmarin. Orang yang diharapkan untuk memberi makanan pada arnab-arnab tu semasa permusafiran hujung minggu lepas tidak menjalankan amanah dengan baik. Berbelas ekor anak-anak comel telah menemui ajal. Penyesalan dan pengajaran untuk ku.
Jumpa di sana.

Tuesday, June 21, 2011
Kisah Sayong baka NZW
Salam sejahtera,
Pagi tadi aku lihat Sayong sibuk menyediakan kotak sarangnya. Due hari ini...Teringat pula nak kongsi sedikit mengenai si Sayong, baka New Zealand White yang pertama aku miliki. Ia adalah dari pemberian Abang Mail yang aku lawati di Kuala Kangsar pada awal Disember 2009. Abang Mail ini aku kenali melalui Pn. Zamrud. Pada waktu tu aku di sana menghadiri perhimpunan tahunan persatuan.
Sayong merupakan antara arnab yang paling produktif dalam peliharaanku. Pernah dua kali melahirkan 10 ekor anak, walaupun tak semuanya hidup. Insya Allah kelahiran kali ini merupakan kali yang ke 6 buat Sayong. Sayong berehat lama sejak kelahiran yang lepas pada 15 Jan 2011. Entah kenapa tak pula aku ketahui, 3 kali perkahwinan yang lepas tak menjadi. Mungkin cara aku mengesani benih "palpate" masih tak betul.
Anak-anak Sayong setakat ini belum ada lagi yang menandingi Sayong dari segi saiz mereka. Aku mensasarkan berat mereka menjangkau 3kg pada umur 6 bulan. Setakat ini mereka hanya dalam lingkungan 2kg lebih. Faktor makanan memainkan peranan penting selain dari genetik (keturunan). Abang Mail memberi petua dengan mencampurkan sedikit makanan ikan berprotien tinggi untuk mencepatkan pembesaran. Aku dah cuba dengan 1 beg tapi tak perasan pula ada pembesaran yang mendadak. Ada suatu ketika aku rajin memberi rumput Israel hampir setiap hari dan aku dapati kebanyakan dari arnab-arnab peliharaan aku agak gemuk. Masalahnya ialah bau kencing mereka menjadi agak kuat. Sayur meningkatkan kandungan Ammonia?

Friday, June 17, 2011
Lepas bebas
Salam sejahtera,
Aku telah membiarkan beberapa ekor arnab jantan yang aku miliki hidup bebas diluar sangkar. Kini telah hampir sebulan mereka hidup bebas mencari makanan sendiri. Rumput memang banyak dan pallet memang tersedia untuk mereka. Setakat ini semuanya jinak-jinak belaka dan hanya bermain dalam kawasan yang berpagar. Ada se ekor terlepas keluar pagar tapi telah dimasukkan semula ke dalam sangkar.
Pada permulaan mereka dikeluarkan dari sangkar, aku dapati terdapat perkelahian kecil sesama mereka. Selepas seketika, mungkin dah kenal agaknya, mereka kembali tenteram dan mengambil tempat masing masing. Ada yang "port" bawah bangsal, ada bawah pokok pisang dan lain-lain spot kegemaran mereka.
Ada se ekor yang keluar sendiri dari sangkarnya dan yang ni agak liar sedikit. Macam orang salah je. Bila nampak aku je, terus lari jauh masuk ke kawasan pagar tanah jiran sebelah yang masih kosong.
Aku agak risau sebenarnya kerana pernah ada beberapa ekor anjing yang berkunjung tanpa dijemput. Pada waktu itu aku membela ayam kampung dan kawasan tanah lot adik aku ni tidak berpagar. Habis ayam-ayam tu diganyah oleh anjing yang pelahap tu. Bergelimpangan bahagian kaki, badan, kepak ayam di kawasan reban ayam aku. Sedih sekali. Kini semenjak pagar telah dinaikkan, tiada lagi pencerobohan oleh anjing-anjing tu.
Buat masa ini arnab betina tidak dicadangkan untuk dilepaskan untuk jangka waktu yang panjang. Hanya buat seketika sekadar melepaskan rasa boring dok dalam sangkar sahaja. Bimbang kerana kalau ditakdirkan mereka membiak, entah kat lubang mana dia akan korek dan apa yang akan terjadi pada keselamatan anak-anak kecil tu. Kalau musim hujan, sebahagian tanah ni akan dinaiki air.Biawak dan ular juga antara binatang lain yang kadang-kadang menziarahi tempat ini.
Angan-angan nak buka taman mini arnab tu masih lagi dalam kepala. Dengan kawasan yang memang terhad, mungkin tak menjadi kenyataan angan-angan tu. Tapi mana tahu, satu hari nanti termakbul cita-cita tu. Dapat juga anak-anak kecil (dan juga yang dewasa) datang berkunjung melihat salah satu ciptaan Allah yang bernama arnab. Taman mini yang dapat melepaskan sedikit tekanan/stress setelah seminggu bekerja.

Subscribe to:
Posts (Atom)