Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Monday, March 26, 2012

Published with Blogger-droid v2.0.4

Anak-anak comel

Salam sejahtera, kali ini aku cuba menulis dgn menggunakan smartphone.. baru nak belajar guna, setelah hampir 2 bulan aku miliki.

Nak taip agak lmbat tapi nak upload gambar mudah ckit sbb x perlu xfer photo ke laptop.
Kali ni cuma nak kongsi gambar anak-anak arnab yg dah tak cukup tmpt nak duduk.


Wangi (baka English Spot) sabar melayan/menyusu anak-anaknya 6 ekor.


Anak Mary & Jebat

Anak Viva & Jebat
Belang, baka English Spot mixed

8 ekor anak Belang, kelahiran 24Mar

Anak Laily & Tuah menikmati daun rumput

Anak Laily

Anak Salji & Woolie

Wangi menyusu anak

Anak Laily menikmati rumput Israel

Pandangan atas tempat peliharaan yang terpaksa berpindah tak lama lagi...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 5, 2012

Notis pindah

Salam sejahtera,

Semoga semua pembaca ceria dan gembira bersama apa jua aktiviti yang anda lakukan. Akhir-akhir ini dah jarang aku meluangkan masa mengemaskini blog ini. Rasa dah kurang excitement melakukannya apabila setiap hari asyik sibuk melayan arnab dengan karenah yang sama.

Aku dah terima notis pindah apabila adik aku mengambil keputusan membina rumah di tanah lot di mana aku menumpang memelihara arnab-arnab tu. Depan rumah aku ada sedikit ruang yang boleh dibangunkan buat sementara waktu kerana rancangan membuat jalan dengarnya dibekukan buat masa ini. Itu mungkin rancangan terdekat buat masa ini. Agak sempit tapi kalau dibuang bertingkat mungkin boleh menempatkan hampir 70-80% dari jumlah arnab yang ada. Aku hanya dapat bertahan dengan 50 ekor induk sahaja. Lebih dari tu kena cari pekerja untuk menjaga mereka.

Wednesday, February 8, 2012

Pelbagai jenis Arnab, tapi aku hanya ada sebahagian kecil...

Salam sejahtera,
Terdapat pelbagai jenis arnab yang diiktiraf oleh ARBA dan sebahagian besar daripadanya mungkin telah ada di Malaysia. Daripada pembacaan bloggers penternak Arnab di USA, sebahagian besar hanya fokus kepada satu atau dua jenis arnab sahaja. Dengan cara ini mungkin tahap ketulenan baka dapat diperolehi. Tambahan pula sebahagian dari penternak merekodkan salsilah keturunan arnab dengan baik.

Di KAA, fokus penternakan lebih kepada pembiakan untuk daging. Walaupun begitu ada juga sebahagian kecil jenis peliharaan (pet) diternak bersama. Baka yang ada setakat ini ialah seperti berikut:
1. New Zealand White
2. Flemish Giant
3. Chincilla
4. English Spot
5. Angora
6. French Angora
7. English Angora
8. Lionhead
9. Hotot
10. Lop Ear

Dengan jumlah induk sekitar 50 ekor, aku dapati ianya memerlukan tenaga dan perhatian sekitar 2 jam setiap hari hanya untuk memberi makanan dan minuman. Penyediaan sistem air secara sedia ada telah membantu mengurangkan masa tapi setakat ini hanya sebahagian sahaja yang telah disiapkan dengan cara tersebut. Cara mengisi air dalam botol didapati mengambil masa yang agak lama. Pemberian makanan dengan kaedah yang sama belum lagi aku ketahui. Jika ada cara semi-automatic boleh dijalankan, ia akan mengurangkan masa yang diperlukan.

Tuesday, January 24, 2012

Makan besar Tahun Baru Cina

Salam sejahtera,
Selamat Tahun Baru, Gong Xi Fa Cai,  Xin Nian Kuaile kepada rakan-rakan berbangsa Cina. Kesempatan cuti dimana hampir seluruh ahli keluarga dapat berkumpul telah digunakan untuk aktiviti bersama. Anak sulung aku telah membantu menyembelih dan menyelinap 3 ekor arnab. Anak-anak perempuan pula membantu menyediakan bahan-bahan untuk memerap daging. Yang lain-lain tu tolong di mana yang patut. Juadah istimewa kami ialah arnab panggang.
Arnab pangang
Alhamdulillah sungguh menyelerakan dimakan bersama kuah sos lada hitam yang didatangkan khas dari Restoran Mutiara Kristal, Kg. Pelet. Masing-masing mengambil bahagian kesukaan mereka. Ada yang letakkan sos atas daging ala restoran, ada yang mencicah daging atas sos dalam pinggan ..ala kampung style, ada yang hanya makan begitu sahaja tanpa sos... yang pasti semua puas merasa keenakan daging arnab peliharaan sendiri, diproses sendiri, masak sendiri dan  dimakan bersama dengan ahli keluarga.
Sos lada hitam
Dalam masa lebih kurang 20 minit, setelah perut masing-masing telah terisi dengan hidangan lazat , maka kenalah buat satu lagi perkara yang tak dibuat di restoran,....basuh pinggan sendiri. Baki yang tinggal hanyalah tulang belulang yang tak dapat dikunyah. Mungkin habuan jin kot. (Katanya jin makan tulang...)
yang tinggal hanya tulang belulang
Kali ini promosi sikit. Kepada yang inginkan daging arnab, boleh dapatkan dari Kebun Arnab Ayman dengan harga RM30/kg. Bekalan terhad.