Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Monday, September 14, 2009

Eksperimen Anak tumpangan

Malam ni aku ambil seekor daripada anak Anggora untuk ditumpangkan pada Koko. Minyak wangi bauan bunga melur yang isteriku letakkan dalam kereta digunakan. Aku sapukan sedikit pada tapak tangan dan kemudian dilumurkan pada badan anak Anggora dan juga pada badan anak si Koko. Kedua dua ekor anak tu diletakkan bersama. Memang berbeza saiz depa nih. Hidung si Koko juga diusap-usap dengan bauan minyak wangi. Anak Anggora berkeliaran dalam kotak baru dan pada satu ketika nampak macam dah mula minum susu si Koko. Harap-harap eksperimen ni berjaya. Secara logiknya si Koko mungkin boleh perasan sebelum ni dia hanya ada seekor anak tapi malam ni ada dua ekor pula.


Antara makanan yang baik untuk ibu arnab menyusu ialah kacang botol. Ditakdirkan Allah, pokok kacang botol yang ada kat belakang rumah dah mula berbuah. Hujan yang kerap turun beberapa minggu yang lepas pada mula Ramadan mencambahkan lagi buah kacang botol.

Anak Anggora dah mula tumbuh bulu pada badan mereka. Ada yang bertompok hitam dan ada yang putih semua. Satu perkara yang paling ketara, semuanya ada warna hitam pada telinga mereka, macam ibu depa.

No comments:

Post a Comment