Aku telah membuat gantian untuk Anggora yang mati tempohari akibat gigitan kerengga. Kali ini 2 ekor Anggora telah dibeli dengan umur baka dalam lingkungan 6 bulan dan 1 tahun. Cara ini akan mencepatkan pembiakkan mereka berbanding dengan membeli anak pada usia sekitar 2 bulan. Cuma ada sedikit risiko kerana aku tak mengetahui sejarah mereka yang mungkin ada penyakit dan sebagainya. Kedua-dua baka baru ini ditempatkan di bahagian bawah sangkar dua tingkat yang siap sebahagian tu. Untuk Anggora yang berumur 1 tahun tu aku namakan “Kembang” kerana saiznya yang agak besar. Sementara yang satu lagi aku namakan “Fuffy” kerana bulunya yang agak fluffy, mungkin kacukan Anggora dan Lionhead.
“si Kembang” menjeling
Fuffy
Sementara tu anak Anggora yang lahir tempohari dah mula keluar dari kotak sarang mereka. Hanya 4 yang tinggal. Se ekor mati akibat terjerut kakinya dengan kekabu polyester. Dalam 1-2 hari lagi kotak sarang tu akan dikeluarkan.
Aku belum sempat mengambil gambar anak-anak Putih Penaga yang 6 ekor tu. Beberapa ekor daripada anaknya berwarna oren, hitam dan putih seperti warna beberapa adik-beradik ibunya. Setakat ini tak nampak pula warna seperti baka bapanya, si Tompok pedaging New Zealand. Aku sebenarnya tak tahu keturunan apa si Tompok ni semasa mendapatkannya dari ladang Kristal Mutiara dulu. Yang aku maklum, ianya baka import dari New Zealand. Memang saiznya agak besar untuk usianya yang baru hampir 8 bulan. Ni gambar si Tompok yang persis seperti English spot rabbit. Nak kena cari alat penimbang selepas ni utk ukur berat arnab-arnab nih..

No comments:
Post a Comment