Alhamdulillah akhirnya Comot melahirkan anak setelah lebih setahun dalam peliharaan aku. Aku tak tahu buck mana yang bertuah menjadi bapa kepada anak-anak si Comot. Aku dah tak ingat entah berapa kali aku cuba kahwinkan si Comot dan setakat perhatian aku, Comot akan sentiasa berlari menghindari semua buck yang cuba mendekatinya.
Petang tadi semasa memberi makanan aku ternampak bulu-bulu putih bertaburan berdekatan sangkar Comot. Mulanya aku tak berapa perasan dari mana datangya bulu-bulu tersebut. Setelah aku periksa betul-betul, aku dapati ianya datang dari sangkar si Comot. Bila aku teliti dalam sangkar, aku dapati ada 3 ekor anak. Salah satu daripadanya sudah sejuk dan keras tanda ia sudah mati. Comot banyak mencabut bulunya tetapi disebabkan tiada nestbox yang disediakan, hampir semua bulunya jatuh kebawah.
Kini tinggal doe baka Lopear yang masih belum melahirkan anak. Bulan depan genap 1 tahun aku memelihara si Bulan. Apakah si Bulan akan memberikan kejutan yang sama? Wallahua'lam. Elok juga aku sediakan nestbox dalam sangkar si Bulan ni...
No comments:
Post a Comment