Alhamdulillah, bulan Ogos ini yang bertindih dengan Ramadan membawa berkat pada Kebun Arnab Ayman. Allah limpahkan rezekiNya dengan rekod kelahiran baru sejak mula berjinak dengan hobi membela arnab ini. Semenjak awal Ogos hingga ke hari ini, 61 ekor anak telah dilahirkan dari 12 induk. Menurut rekod, ada 6 lagi induk yang masih bunting dan dijadualkan akan melahirkan anak dalam masa seminggu ini. Sunggguhpun kadar kelahiran amat memberansangkan, kadar kematian masih menjadi masalah buat KAA. Dari 61 ekor yang dilahirkan, kini hanya tinggal 38 ekor yang masih hidup. Kadar kematian yang tinggi ini masih menjadi masalah yang agak kritikal. Beberapa usaha seperti yang telah ditulis sebelum ini akan dibuat untuk mengurangkan kadar kematian
Anak tumpang & anak-anak Kejora yang masih hidup |
Untuk menampung anak yang dilahirkan, aku telah mula membuat bangsal tambahan. Kini bangsal telah hampir 85% siap dan bila aku berpeluang, akan mula membuat sangkarnya pula. Nampaknya lepas Raya la baru nak boleh siap sepenuhnya. Bangsal kali ini dua tingkat dan mungkin boleh menempatkan sekitar 30 sangkar.
Saya pun menghadapi masalah kematian anak yg serupa.. tak tahu mcmn nak buat dah...rasanya dah rapat elok pintu sangkar tapi byk juga anak yg mati.. kadar kematian dah melebihi 40%. Dari 100 ekor lebih tinggal 60 ekor lebih.. nanti saya nak melawat kebun ayman, boleh?
ReplyDeleteSalam, silakan. Insya Allah weekend selalunya dok kat rumah je. Apa pun sms dulu.
ReplyDelete