Salam sejahtera semua,
Memang benar seperti yang telah diperkatakan, ibu yang menyusu perlu ada bekalan makanan & minuman yang mencukupi. Kalau tidak, ada kemungkinan anak-anak mereka akan menjadi mangsa baham ibunya sendiri. Setelah beberapa kali kejadian ibu makan anak berlaku di KAA, pelbagai usaha dilakukan kerana sangkaan aku ianya terjadi disebabkan oleh angkara tikus. Kini setelah ibu diletakkan dalam sangkar yang berjaring kecil, kejadian ibu makan anak tetap berlaku. Dua hari lepas, aku terdengar jeritan anak arnab yang biasanya terjadi apabila ia kesakitan. Pada ketika itu aku sedang memberi makanan dan minuman pada arnab-arnab aku - kerja rutin tiap hari. Aku segera ketempat punca jeritan. Aku dapati se ekor anak Kejora telah tidak bergerak. Setelah diteliti, aku dapati anak malang tu yang telah berumur hampir sebulan telah kudung 3 kakinya dan tidak berkepala. Sedih sekali aku melihatnya. Anak itu cukup gebu bulunya, putih bersih. Aku dapati air telah habis dan makanan dalam bekas juga tinggal serbuk-serbuk halus sahaja. Mungkin rumusan yang aku buat tidak tepat tetapi rasa aku ada logiknya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa sebab sebenarnya.
No comments:
Post a Comment