Sejak kelmarin aku mula memasukkan arnab ke sangkar baru yang masih belum siap sepenuhnya. Hanya tingkat atas boleh diduduki setakat ni. Perasmian dimulakan oleh Kelabu dan Itam. Malam ini "si Cincin" anak cincilla changlun, "Mek Tam" lionhead KK dan 3 anak-anak "Koko" pula berpindah ke sangkar baru. Sangkar ini diletakkan berdekatan pokok-pokok pisang bersebelahan reban ayam. Dapatlah sedikit perlindungan dari cahaya matahari dan angin yang kekadang agak kuat.
Pandangan depan
Pandangan belakang
Mek Tam, anak lionhead KK
Itam, anak Koko & Dutch Bkt Gedung
Kelabu Jr, anak Putih Penaga dan Kelabu Sr petshop KB
Si Cincin, anak chincilla Changlun
anak-anak Koko dan Dutch Bkt Gedung
Sementara tu pokok Napier Taiwan yang ditanam hampir sebulan yang lalu dah mula bercambah. Aku bercadang untuk menggunakan sedikit kawasan di belakang reban ayam untuk menanam pokok Napier ni.
sebelah pokok pisang
Sangkar ni 2 tingkat ke? Brp cell satu tingkat?
ReplyDeleteYe, 2 tingkat, kat atas sy buat 7 cell, cadang yg kat bawah nak buat 8 cell.
ReplyDelete