Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Tuesday, December 8, 2009

Lawatan dan tambahan sangkar

Pada cuti hari raya haji yang lepas aku ke rumah mertua di Melaka. Niat untuk melawat rakan-rakan penternak yang lain tak kesampaian kerana jadual masa yang agak suntuk dengan program famili. Insya Allah di kesempatan yang lain akan ku cuba lagi. Selalunya bila cuti sekolah yang agak panjang aku akan balik ke Melaka.

Alhamdulillah pada hujung minggu lepas aku sempat melawat ternakan abang Mail di Kuala Kangsar. Terima kasih kepada Pn Zamrud yang telah menghubungkan aku dengan abang Mail. Abang Mail membela beberapa jenis arnab diantaranya Anggora, Lionhead, New Zealand White dan jenis kampung. Seronok tengok sangkar-sangkar arnab tepi tangga rumah aje. Aku agak hairan tak ada bau busuk kencing arnab seperti arnab peliharaan aku. Salah satu maklumat yang abang Mail maklumi ialah beliau tak banyak beri dedaun yang mengakibatkan bau busuk. Terima kasih pada abang Mail yang telah memberikan aku beberapa tips penjagaan arnab dan juga dua ekor arnab yang dihadiahkan pada aku. Aku mendapat se ekor anak NZ White yang memang aku cari-cari dan juga se ekor anak Lion head hitam. Di doakan semoga rezeki abang Mail akan melimpah ruah atas kemurahan hati beliau.

Pada minggu lepas juga aku telah membeli dua ekor anak Lionhead dari Syah di Guar Perahu. Kini jumlah anak-anak arnab yang dibeli dah meningkat. Semua anak yang di beli pada kali ini adalah anak betina dan aku berharap agar semuanya membesar dengan baik dan membiak. Insya Allah dalam masa 2-3 bulan lagi sebahagiannya telah sedia untuk dibiakkan. 


Untuk menempatkan anak-anak arnab tambahan tu, aku telah memulakan projek membuat sangkar baru. Aku menggunakan idea sangkar Pn Zamrud pada rangkanya tetapi tiap-tiap sel sangkar akan dibuat menggunakan wiremesh 1” x 2”. Penggunaan kayu boleh di kurangkan sedikit. Kali ini aku bercadang menempatkan sangkar arnab berdekatan reban ayam disebelah rumah. Ini dapat mengurangkan  bau yang tak enak tapi aku perlu berhati-hati kerana ada kemungkinan ancaman dari anjing liar yang berkeliaran pada malam hari.


Sedikit maklumat berkenaan anak-anak yang lahir tempohari. Anak si Putih hanya tinggal 2 dari 4 beradik, sementara anak si Koko hanya tinggal 4 dari 7 beradik. Aku perlu selidik punca kadar kematian yang agak tinggi pada umur 1-2 bulan ni...

5 comments:

  1. bro mintak kongsi sket design wat kandang yg cost effective nih...
    teringin gak nak taui.. ade gambar ker or lukisan design dia camana??

    ReplyDelete
  2. salam kepada KAA.. sy ingin bertanya kepada tuan dimanakah terletaknya rumah abang mail yang dimaksudkan..itu.. sy pun di kuala kangsar tapi tak tau pun ada yang membela arnab disana.. boleh berikan no tel dia....

    ReplyDelete
  3. KAA-Arnabkus,
    T. kasih atas soalan tu. Nanti saya masukkan gambar.

    ReplyDelete
  4. Yusof,
    Tanya Abang Mail dulu. Saya tak mahu dipersalahkan pula nanti. Walaupun secara logiknya, bagus diperhebohkan, tapi minta izin dia dulu, OK?

    ReplyDelete
  5. Abang mail telah dimaklumkan, dia reply sms "OK".

    ReplyDelete