Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Monday, February 8, 2010

Cambahan Napier

Memberikan Napier pada arnab dapat mengurangkan sedikit kos membeli pallet. Buat masa ni napier yang aku tanam hanya mampu dituai dalam masa 3-4 minggu sahaja. Untuk membanyakkan lagi hasilan, aku bercadang untuk menanam di sepanjang tanah ditepi jalan depan rumah. Napier sungguh senang membiak. Batang-batang napier yang di potong aku letakkan dalam bilik air dan dalam masa 2-3 hari dah ada akar yang menjalar keluar.

Pada hampir setiap ruas batang napier, akarnya akan keluar dan mata tunas pula akan muncul kemudian. Menanam dengan meletakkan batang benih tadi secara mendatar di atas tanah dapat menghasilkan pokok dengan lebih banyak daun.
 

Fuffy yang dibeli tempohari telah melahirkan anak. Malangnya hanya kepala anak (seekor je) yang aku nampak tinggal dalam sangkarnya. Fuffy nampak murung mungkin stress selepas beranak. Sebelum ini ia agak garang seperti mahu menggigit tangan semasa aku meletakkan makanan dalam sangkarnya. Sebahagian arnab aku berperangai begini ketika tengah bunting dan apabila telah melahirkan, mereka akan kembali jinak.

5 comments:

  1. Terima kasih atas info Napier untuk arnab.
    Salam Arnab

    ReplyDelete
  2. salam ziarah,

    sy pun ada tanam sendiri napier nie..tapi ada yang mati ditindih/dikencing dek kucing..sbb sy tanam dlm polibag..nnti baru nk pindah atas tanah..

    rabbit sy memang suka makan napier nie (^_^)

    ReplyDelete
  3. hari tue saya bagi arnab saya makan napier tanpa keringkan. tiba2 sekor arnab saya macam kena serangan jantung.. tak sampai 5 minit dia terus mati... u rasa kenapa yer?
    adakah effect bagi makan nappier?

    putra_black@hotmail.com

    ReplyDelete
  4. Salam Zul, setakat pengalaman sy tak ada yg terus mati mengejut kerana beri napier. Mungkin ada sakit lain. Sy beri pd anak kurang dr 2 bulan secara sikit-sikit dulu. Pengalaman beri sayur lain ada yg mati tapi setelah cirit cirit dan lemah tak lalu makan kemudian baru mati.

    ReplyDelete
  5. sya bg yg fresh..xde ape2..kalau da layu tu arnab saya xnak mkn..

    ReplyDelete