Petang kelmarin (Selasa, 9 Feb 10) selepas pulang dari kerja seperti biasa (dah jadi rutin) aku memberi makan dan minum arnab peliharaanku. Bila sampai ke sangkar si Kembang aku lihat bulunya dah bercambah dalam kotak sarang yang telah diletakkan tiga hari lepas. Memang banyak sekali bulunya.
Sebelum ini aku telah masukkan rumput kering ke dalam sangkar si Kembang. Aku nampak si Kembang telah memakan sebahagian dari rumput kering tu dan sebahagian besar telah dimasukkan dalam kotak sarang. Aku masukkan tangan dalam kotak untuk memastikan ada anak si Kembang di situ. Alhamdulillah, memang ada tapi aku tak pasti berapa ekor pada masa tu kerana keadaan dah agak lewat, terlalu hampir waktu azan maghrib. Mungkin sebelah malam nanti boleh aku keluarkan kotak sarang tu untuk memastikan jumlah anak si Kembang. Aku menjangkakan tentu si Kembang ni telah melahirkan banyak anak kerana saiznya yang besar. Pada hujung minggu yang lalu aku telah menimbang si Kembang dan beratnya sekitar 3.2 kg. Si Kembang termasuk dalam kategori berat, melebihi 3kg.
Menjelang malam aku telah mengeluarkan kotak sarang dan memeriksa dengan teliti jumlah anak si Kembang. Setelah di kais kais bulunya yang banyak tu hanya 2 ekor je yang dijumpai! Saiz kedua-dua ekor anak tu sederhana besar je. Kalau sempat nanti mungkin aku akan timbang berat mereka.
Aku kurang pasti samada bapa mereka ni adalah si Tompok ataupun si Kembang telahpun berkahwin dengan arnab lain sebelum dibeli lagi. Aku telah kahwinkan si Tompok dengan si Kembang tak silap aku beberapa hari selepas dibeli pada 10 Jan lepas. Walau apapun aku berharap anak-anak Kembang akan membesar sihat walafiat. Cuti raya Cina ni boleh buat projek penambahan sangkar lagi…
No comments:
Post a Comment