Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Tuesday, June 1, 2010

Kelahiran kedua yang lebih meyakinkan


Alhamdulillah...Kunyit dan Mek Tam telah melahirkan anak untuk kali kedua kelmarin. Kedua-duanya melahirkan 5 ekor anak masing-masing. Kali ini aku telah menyediakan kotak sarang lebih awal dalam sangkar kedua-dua ibu ini. Pada akhir bulan lepas, mereka telah kematian anak masing-masing selepas melahirkan se ekor anak. Fenomena kelahiran pertama dan suasana persekitaran yang tidak kondusif mungkin menyebabkan anak mereka mati. Aku juga sebenarnya rasa agak sedih dan bimbang dengan apa yang terjadi. Semoga semua anak-anak Kunyit dan Mek Tam akan membesar dan membiak dengan sempurna.

Kunyit

Anak-anak Kunyit, 3 hitam, 2 putih


Mek Tam sejurus selepas melahirkan anak..


Anak-anak Mek Tam, 4 putih dan 1 hitam


Tompok, bapa baka NZ yang telah banyak berjasa...

2 comments:

  1. Salam,
    Taknak ternak arnab baka pedaging ker?
    1) New Zealand White
    2) Chinchilla
    3) Flemish Giant

    Almost berat hidup arnab baka nie 1.8-2kg pada umur 3 bulan.

    ReplyDelete
  2. Zul, saya bercadang nak tambah baka di masa hadapan, insya allah. Setakat ni baru ada NZW induk se ekor je.

    ReplyDelete