Salam sejahtera..
Menurut rekod aku, 8 induk telah dikahwinkan pada bulan lepas dan sepatutnya akan melahirkan anak pada bulan ini. Setakat ini hanya 2 induk telah melahirkan anak. 2 lagi telah menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan anak dengan memenuhi kotak sarang mereka dengan bahan-bahan yang diletakkan dalam sangkar. Yang selebihnya telah dikahwinkan semula. Nampaknya mungkin 50% sahaja yang menjadi.
Aku telah membaca dan melihat video bagaimana kaedah “palpating” dilakukan ke atas induk arnab setelah lebih kurang 2 minggu dikahwinkan. Cara ini ialah untuk menentukan samada persenyawaan yang dilakukan telah berjaya atau sebaliknya. Bebola sebesar biji guli boleh dirasakan dalam abdomen induk. Aku telah mencubanya beberapa kali tapi masih belum mahir dalam menentukannya secara tepat.
Kaedah lain yang aku selalu gunakan ialah dengan cuba mengahwinkan semula induk. Biasanya induk tidak lagi berminat untuk disatukan dengan pejantan tetapi ada juga kes dimana persenyawaan berlaku. Kaedah ini tidak berapa baik kerana bila dua persenyawaan berlaku, anak akan mati.
Bulan depan insya Allah jika menjadi semuanya, akan ada 13 induk yang melahirkan anak.
No comments:
Post a Comment