Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Monday, July 19, 2010

Kitaran peranakan arnab

Salam sejahtera,
Aku telah mencuba mengahwinkan ibu arnab se awal 3 minggu selepas ia melahirkan anaknya. Setakat pengalaman aku selama hampir 6 bulan mencuba, aku dapati kebanyakan ibu arnab tidak berminat untuk dikahwinkan semula dalam masa mereka masih menyusukan anak-anak mereka. Hanya selepas anak-anak dipisahkan barulah mereka berminat untuk dikahwinkan semula. Aku agak gusar bagaimana pengalaman penternak lain yang mengahwinkan ibu arnab selepas hanya 2 minggu selepas kelahiran pertama. Aku belum pernah mencubanya lagi. Buat masa ini aku masih dalam proses percubaan dan mengkaji.
Agak berbeza pula dengan ibu yang kematian anak semasa kelahiran ataupun semasa anak masih kecil. Ibu-ibu arnab nampaknya lebih bersedia untuk dikahwinkan semula dalam kes ini.
Sepanjang Julai hingga ke hari ini, belum ada lagi kelahiran walaupun mengikut jadual sepatutnya telah ada 7 kelahiran. Pada awal minggu lepas ada 3 ibu yang telah mula memasukkan carikan kertas dalam kotak sarang mereka, tetapi sehingga kini belum ada yang melahirkan anak. Aku tak pasti faktor apa yang telah menyebabk mereka jadi begitu. Apakah cuaca, pejantan yang digunakan terlalu kerap atau ada faktor lain. Untuk minggu ini dan minggu depan, ada 7 lagi kelahiran dijadualkan  tapi aku belum tahu samada semuanya akan menjadi kenyataan.

1 comment:

  1. As'kum, saya tertarik dgn artikel tuan. Saya juga gusar dgn keengganan arnab2 doe saya yg tidak mahu bekerjsama. Persoalannya skrg, saya masih blum lg dpt menegesan tanda2 biang pd doe yg sudah bersedia tuk dikawinkan. Saya harap sekiranye tuan ada ilmu tentang tanda2 biang tesebut, saya amat hargai sekiranya tuan sudi berkongsi maklumat. terimakasih.

    ReplyDelete