Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Thursday, November 19, 2009

Kesihatan terganggu

Selain daripada penyakit Ear-mite yang dihidapi oleh beberapa ekor arnabku, ada beberapa ekor yang lain kelihatan kurus dan tak bermaya. Aku kurang pasti apa masalah dan punca sebenar yang menyebabkan mereka menjadi begitu. Pasangan lop ear dan ibu putih mata merah kelihatan amat daif sekali, Fenomena ini baru sahaja terjadi sekitar 2 minggu yang lalu dan ianya agak merunsingkan aku. Ibu Putih kelihatan sukar untuk bergerak dan bahagian sekitar punggungnya agak kotor. Mungkin ada masalah cirit birit. Harap-harap Putih masih dapat menyusukan anak-anaknya yang 4 ekor tu. Setakat ini anak-anak Putih masih gebu-gebu lagi.

Kalau kesihatan anak-anak Putih terganggu, kemungkinan besar terpaksalah di berikan kepada si Koko untuk menyusukan mereka. Aku baru mula berikan vitamin pada mereka dengan harapan selera makan mereka akan bertambah dan masalah yang dihidapi akan turut hilang.

1 comment:

  1. Saya ingat saya je yg mengalami masalah begini. Masalah Hama atau Scabbies, Abg Mail dah bagi ubat SureClean yg dia beli di K.Kangsar. Slyvia yg teruk kena seluruh badan dah sembuh 95%. Cicak, Angie dan Rossa dah mati. Yuri dan Qistina punya simptom sama iaitu kurang selera makan, lesu dan kurus. Maka Sepul bawa depa ke klinik Anthony di Jln Raja Uda. Sebelum tu dua kali pergi ke Jab Haiwan di Koskam, doktor tak de. Pergi ke Jab Haiwan di Bukit Minyak, kena buat temujanji yg entah bila boleh dipastikan tarikhnya. Karut je Jab Kerajaan.

    Tapi lepas ambil ubat kat klinik swasta, dua2 ok dah. Depa demam sebab kena tempias hujan kata doc. Dengan cuaca sekarang, sikit tempias pun tak boleh kena, katanya. Maka, kena tutup elok2 lah.

    Fasal no hp abg mail, nanti saya tanya dia boleh bagi ke dak. Tak sempat lagi. Agak sibuk sikit skrg.

    ReplyDelete