Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Monday, November 23, 2009

Jadual pembiakan

Sejak beberapa bulan yang lepas aku menggunakan jadual yang di ambil dari laman web Debmark untuk membiakkan arnab peliharaanku. Secara kasar, arnab akan dikahwinkan semula selepas satu setengah bulan dari tarikh kelahiran terakhir.
Jadual terperinci adalah seperti berikut:
Kahwin (Breed = B)
Masukkan kotak sarang pd hari ke 29 selepas dikahwinkan: B+29
Lahir anak (Kindle) selepas 31 hari= B+31 = K
Keluarkan kotak sarang selepas anak 15 hari = K+15
Kahwin semula pada hari ke 42 selepas kelahiran = K+42
Cerai susu kecuali 1 anak = K+49
Cerai susu semua anak = K+56
Kelahiran kali kedua setelah 73hari dari kelahiran pertama=K+73

Dengan menggunakan jadual di atas, pada setiap 2-1/2 bulan, arnab akan melahirkan anak.

2 comments:

  1. sedikit perkongsian untuk dikonsi bersama... mengkahwinkan semula induk pada hari ke 42 selepas kelahiran & tempoh menyusukan selama 56 hari akan membolehkan arnab tuan membiak sebayak 4 kali setahun
    31bunting + 56 menyusu = 87 hari
    87 hari x 4 = 348 hari (hampir setahun!)

    dengan memendekkan tempoh penyusuan dari 56 hari ke 28 hari.. akan membolehkan induk tuan membiak 8 kali setahun!!!
    dalam tempoh penyusuan, pada hari ke 14 selepas beranak induk dikahwinkan semula. pada tarikh akhir tempoh cerai susu . induk akan beranak untuk kali kedua!!
    maka tempoh penyusuan masih tetap 6 minggu...

    sekadar berkongsi ilmu dari penerangan Kapt. Zaman semasa rabbit clubbing hari tuh..
    selamat mencuba...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian. Sesuatu yang boleh saya cuba.

    ReplyDelete