Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Tuesday, February 23, 2010

Anak Anggora & Lionhead mixed untuk dijual

3 Anak gebu Anggora dan 3 kacukan Lionhead untuk dijual.
Tarikh lahir : 26 Dec 2009, RM 35/ekor


Tarikh lahir: 2 Jan 2010, RM30/ekor

Monday, February 22, 2010

Cincin dapat 4 kits

Cincin, the only survivor dari 4 ekor anak arnab yang dibeli dari Cikgu Siti di Changlun beberapa bulan lalu. Malam tadi ia telah melahirkan 4 ekor anak dari perkahwinan beliau dengan si Tompok. Cincin mula menyiapkan kotak anak beliau pada sebelah petang dan bulu yang dicabut dari badannya hanya sedikit sahaja. Mungkin juga kerana beliau tak punya bulu yang lebat.

Ada 3 anak berwarna kemerahan dan se ekor berwarna gelap.

Thursday, February 18, 2010

force breeding, macamana?

Ingin berkongsi dan berharap ada yang dapat membantu mengenai dua ekor arnab betina aku yang tidak merelakan diri mereka untuk bersama si jantan. Se ekor si Lop Ear dan satu lagi jenis Anggora. Telah aku cuba beberapa kali sejak umur matang mereka beberapa bulan lalu untuk pasangkan mereka dengan si jantan tapi nampaknya mereka berdua ni masih tak mahu bersama. Kedua-dua arnab tu di pelihara dari kecil. Aku terfikir untuk force breeding tapi setakat ni belum cukup maklumat lagi. Kedua-dua arnab pernah ditempatkan dalam sangkar si jantan selama sebih dari seminggu. Setakat ini belum ada hasil lagi.

Si Anggora (Mutiara Kristal) tu kalau dimasukkan dalam sangkar pejantan, ia akan berlari dan menjauhkan diri dari dinaiki belakangnya oleh si jantan. Kalau berjaya dinaikipun, ia masih tidak akan mengangkat punggungnya seperti yang lain. Si Lop Ear tu walaupun tak lah lari sangat tapi masih tidak membenarkan...  Kalau berterusan begini, rasanya kedua-dua mereka tu sesuai untuk hiasan aje.



Sejak 2 minggu yang lalu aku telah kahwinkan 5-6 ekor arnab betina aku dan aku berharap bulan Mac nanti semuanya akan berjaya melahirkan anak. Ada 3 ekor ibu muda yang baru pertama kali berkahwin. Selepas ni jika aku tak dapat menyiapkan sangkar arnab yang cukup, aku perlu menjual sebahagian dari anak-anak tu..

Wednesday, February 10, 2010

Kembang beranak dua

Petang kelmarin (Selasa, 9 Feb 10) selepas pulang dari kerja seperti biasa (dah jadi rutin) aku memberi makan dan minum arnab peliharaanku. Bila sampai ke sangkar si Kembang aku lihat bulunya dah bercambah dalam kotak sarang yang telah diletakkan tiga hari lepas. Memang banyak sekali bulunya.

Sebelum ini aku telah masukkan rumput kering ke dalam sangkar si Kembang. Aku nampak si Kembang telah memakan sebahagian dari rumput kering tu dan sebahagian besar telah dimasukkan dalam kotak sarang. Aku masukkan tangan dalam kotak untuk memastikan ada anak si Kembang di situ. Alhamdulillah, memang ada tapi aku tak pasti berapa ekor pada masa tu kerana keadaan dah agak lewat, terlalu hampir waktu azan maghrib. Mungkin sebelah malam nanti boleh aku keluarkan kotak sarang tu untuk memastikan jumlah anak si Kembang. Aku menjangkakan tentu si Kembang ni telah melahirkan banyak anak kerana saiznya yang besar. Pada hujung minggu yang lalu aku telah menimbang si Kembang dan beratnya sekitar 3.2 kg. Si Kembang termasuk dalam kategori berat, melebihi 3kg.

Menjelang malam aku telah mengeluarkan kotak sarang dan memeriksa dengan teliti jumlah anak si Kembang. Setelah di kais kais bulunya yang banyak tu hanya 2 ekor je yang dijumpai! Saiz kedua-dua ekor anak tu sederhana besar je. Kalau sempat nanti mungkin aku akan timbang berat mereka.

Aku kurang pasti samada bapa mereka ni adalah si Tompok ataupun si Kembang telahpun berkahwin dengan arnab lain sebelum dibeli lagi. Aku telah kahwinkan si Tompok dengan si Kembang tak silap aku beberapa hari selepas dibeli pada 10 Jan lepas. Walau apapun aku berharap anak-anak Kembang akan membesar sihat walafiat. Cuti raya Cina ni boleh buat projek penambahan sangkar lagi…

Monday, February 8, 2010

Cambahan Napier

Memberikan Napier pada arnab dapat mengurangkan sedikit kos membeli pallet. Buat masa ni napier yang aku tanam hanya mampu dituai dalam masa 3-4 minggu sahaja. Untuk membanyakkan lagi hasilan, aku bercadang untuk menanam di sepanjang tanah ditepi jalan depan rumah. Napier sungguh senang membiak. Batang-batang napier yang di potong aku letakkan dalam bilik air dan dalam masa 2-3 hari dah ada akar yang menjalar keluar.

Pada hampir setiap ruas batang napier, akarnya akan keluar dan mata tunas pula akan muncul kemudian. Menanam dengan meletakkan batang benih tadi secara mendatar di atas tanah dapat menghasilkan pokok dengan lebih banyak daun.
 

Fuffy yang dibeli tempohari telah melahirkan anak. Malangnya hanya kepala anak (seekor je) yang aku nampak tinggal dalam sangkarnya. Fuffy nampak murung mungkin stress selepas beranak. Sebelum ini ia agak garang seperti mahu menggigit tangan semasa aku meletakkan makanan dalam sangkarnya. Sebahagian arnab aku berperangai begini ketika tengah bunting dan apabila telah melahirkan, mereka akan kembali jinak.