Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Tuesday, May 31, 2011

Mei 2011 yang telah berlalu

Salam sejahtera buat semua.
Dalam kesibukan harian, nak update blog pun dah tak sempat. Hari ini cuba juga tulis sedikit sebanyak perkembangan terkini di Kebun Arnab Ayman.
Alhamdulillah setakat hari ini, kelahiran pada bulan Mei telah mencecah 12 kelahiran dengan jumlah keseluruhan anak 66 ekor. Jumlah ini hanya hampir separuh dari rekod yang pernah dicapai tapi lebih baik daripada bulan April. Mungkin bulan April merupakan diantara bulan yang mempunyai kelahiran terendah. Ini disebabkan kerana beberapa ekor ibu yang dikahwinkan denagn "Champ" baka Angora telah tidak melahirkan anak. Kemungkinan besar Champ tidak dapat berfungsi untuk membuntingkan induk betina lagi.

Hampir separuh dari kelahiran bulan ini adalah hasil dari baka pedaging atau kacukan daripadanya. Sebahagian lagi adalah dari jenis Lionhead. Lain-lain ialah dari baka English spot.

Gambar-gambar di bawah adalah sebahagian daripada anak-anak yang sedang membesar di KAA.










Tuesday, May 10, 2011

Lop Ear jantan

Salam sejahtera,
Pencarian baka jantan jenis lopear telah berakhir dengan pembelian 2 ekor anak dari kedai pet dekat kampung tempat aku membesar di Balik Pulau. Semasa aku pulang menziarahi kedua ibu bapa aku yang menetap di sana, aku sempat singgah di kedai haiwan yang acapkali aku singgah bila pulang ke kampung. Alhamdulillah ada 3 ekor anak lop ear pada hari tu dan aku telah sambar 2 ekor. Anak Anggora dalam 15 ekor semuanya telah ditempah.

Aku mempunyai 3 ekor induk betina jenis Lop Ear (Holland Lop) tapi di sebabkan baka jantan telah pun menemui Penciptanya, aku hanya kacukkan dengan baka Lionhead buat masa ini. Tak mahu biarkan mereka "kering" terlalu lama kerana mungkin susah untuk dikahwinkan kelak. Nak tunggu anak jantan yang baru 2 bulan tu, terpaksa tunggu 4 bulan baru nak matang.

Wallop - generasi kedua, Salji - baka dari BM, Mawar - baka dari Azlan Kg. Lalang.