Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Monday, April 19, 2010

1st kindling in April

Salam,
My Fuffy kindled on Sunday. There were 3 kits this time. The first time Fuffy kindled was in early Feb, unfortunately, the kit was dead when I came to know it. At that time I did not know Fuffy was pregnant so I did not prepare any box for her. This time the Sire is Suria, the Lop Ear. The first kits for Suria. I am excited as this is the first successful delivery mated with Suria.

Saturday, April 17, 2010

Cerita-ceriti, perkembangan terkini

Salam sejahtera,
Setakat hari ini belum ada lagi kelahiran untuk bulan April. Mengikut rekod sepatutnya telah ada 8 kelahiran tapi nampaknya tak menjadi. Beberapa ekor ibu telah dikahwinkan semula dan masih ada lagi yang akan melalui proses tu.
Sedikit gambar untuk dikongsi bersama:
Di bawah adalah anak Whitey, baka kacukan lionhead. Lahir pada 17Mac lalu dan hari ini dah genap sebulan. Tumbesaran anak ini agak luarbiasa dengan beratnya hampir 600gram. Mungkin kerana hanya se ekor shj yang hidup dari 4. Susu ibunya dinikmati semua untuk dirinya seekor..

Ini pula ialah anak kacukan baka NZ (bukan NZW) kelahiran 14 Jan 10. Dalam usia 3 bulan, berat mereka hanya dalam lingkungan 800-900gram. Hanya 4 ekor hidup dari 7 ekor.


Sayong, ibu NZW yang berumur lingkungan 7 bulan mempunyai berat hampir 2.6kg. Mengikut rekod aku, sepatutnya Sayong telah melahirkan anak pada 13 Apr lalu. Ia mempunyai ciri-ciri bunting tapi aku dah tak tahu bila ia akan melahirkan anak. Perbezaan jelas baka NZW dari baka kampung ialah saiz telinganya yang besar (selain dari saiz badan yang besar). 


Anak Chincilla semua dah mati termasuk Labu, ibu baka kampung. Kini tiada langsung baka asal atau anak-anak yang hidup hasil pembelian dari Cikgu Siti Changlun. Kemungkinan besar kematian mereka adalah kerana termakan makanan yang telah dikencing tikus.