Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Sunday, March 20, 2011

Kebersihan kawasan

Salam sejahtera semua.
Bilangan arnab di KAA semakin hari semakin bertambah dan kini keadaan persekitaran reban sudah tidak terurus dengan baik. Tinja arnab semakin bertimbun, sangat baik untuk pelbagai pokok. Tembikai, bayam, tomato tumbuh tanpa diselenggara dengan baik - bercampur aduk bersama rumput yang turut berlumba mendapat baja. Pisang emas yang ditanam depan rumah nampak lebih banyak buahnya berbanding semasa ianya berada dibelakang rumah.
Aku hanya sempat meluangkan masa sekitar 1 jam setiap petang untuk memberi makan dan minum arnab-arnab ni. Hari minggu mungkin sehingga separuh hari tapi sekitar rumah sendiri pun perlu dijaga. Aku dinasihati isteri agar mencari pembantu untuk mengurus kebun arnab.Ya, mungkin itulah langkah selanjutnya tetapi kena bajet betul-betul nanti kerugian pula. Hobi ini perlu sedikit demi sedikit menjadi salah satu sumber penjana ekonomi.
Tambahan reban arnab masih berjalan, tetapi amat perlahan sekali kerana tak banyak masa yang dapat diluangkan. Kerangka reban dah hampir siap tapi zink belum lagi dibeli. Pagi tadi bercadang nak dapatkan 6 keping zink ukuran 12 kaki dan 6 keping ukuran 7 kaki dari kedai. Malangnya selepas balik dari majlis khenduri, hujan lebat dan sampai rumah lewat. Tangguh lagi .....
Sedikit perkembangan arnab di KAA. Anak-anak baka pedaging dari induk Meru (NZW), Sayong (NZW), Labuchi (Chincilla) yang hidup nampak sihat semuanya. Kebanyakan dah hampir umur cerai susu. Sayong dan Labuchi telah dikahwinkan semula dan dijadualkan akan melahirkan anak lagi pada akhir bulan ini.
Baka English spot  mendominasi kebanyakan kelahiran, di ikuti baka Hotot dan Lionhead. Mini Lop dan Holland Lop tak berapa menjadi. Kelahiran yang sedikit dan kematian yang tinggi untuk baka ini.

Sunday, March 6, 2011

Anak Lionhead utk dimiliki

Salam sejahtera,
Anak-anak Lionhead berumur 2 bulan (lahir 2 Jan dan 23 Jan) bersedia untuk berpindah rumah. Pada sesiapa yang berminat, sila tel/sms saya di 019-4944498. Asalnya telah ditempah oleh orang Ganu tapi x jadi.