Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Sunday, October 30, 2011

Bulan Okt yang meriah

Salam sejahtera,
Alhamdulillah bulan ini agak meriah dengan kelahiran anak-anak kecil di KAA berbanding bulan lepas. Mungkin kurniaan Allah bersempena dengan bulan kelahiranku dan isteri. Sehingga hari ini 47 ekor telah dilahirkan dan 41 masih hidup. Yang mati tu samada sebaik sahaja selepas kelahiran ataupun terjatuh dan lain-lain.
Baka pedaging yang sedia dijual hanya tinggal yang jantan sahaja. Yang betina dah habis semuanya. Baka pedaging campuran kurang mendapat sambutan dan kebanyakannya berakhir dengan jualan daging sahaja. Alhamdulillah permintaan untuk daging setakat ini bersesuaian dengan jumlah arnab yang ada. Dengan bekalan yang sedikit, pelanggan setakat ini kebanyakannya pada kawan dan kenalan sahaja. Tiada papantanda pun yang diletakkan untuk tempat peliharaanku ini. Publisiti sekadar buah mulut dan juga blog ini shj.Dipaparkan sebahagian dari gambar untuk tatapan semua.
Subura

Anak Subura + Jebat (NZW)

Kembang (Hotot)

 
Anak Kemban(Hotot) + Tompok (English Spot)

Friday, October 14, 2011

Baka pedaging, New Zealand White, Flemish Giant & Chincilla jantan untuk di jual

Salam sejahtera,
Baka pedaging kini masih dalam proses mendominasi sangkar-sangkar di KAA. Terdapat beberapa ekor pejantan baka tulen dan juga baka kacukan (bapa pedaging+ibu kacukan) berumur antara 2 hingga 5 bulan untuk dijual.
Berikut adalah harga yang ditawarkan:
Baka tulen, NZW, Flemish Giant & Chincilla:
umur(bulan)                       (RM) baka tulen                    (RM) kacukan
2                                        75                                         60     
3                                        85                                         70
4                                        95                                         80
5                                        110                                       95
6                                        125                                       110

Berat induk yang ada sekitar 3kg.

3 beradik, semua Jantan, Anak Labuchi + Tuah, Lahir 24 Jul 11, berat Putih1=1.4kg, Putih2=1.3kg, Tompok=1.5kg


Tompok = 1.5kg
Putih1 = 1.4kg