Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Tuesday, June 21, 2011

Kisah Sayong baka NZW

Salam sejahtera,
Pagi tadi aku lihat Sayong sibuk menyediakan kotak sarangnya. Due hari ini...Teringat pula nak kongsi sedikit mengenai si Sayong, baka New Zealand White yang pertama aku miliki. Ia adalah dari pemberian Abang Mail yang aku lawati di Kuala Kangsar pada awal Disember 2009. Abang Mail ini aku kenali melalui Pn. Zamrud. Pada waktu tu aku di sana menghadiri perhimpunan tahunan persatuan.

Sayong merupakan antara arnab yang paling produktif dalam peliharaanku. Pernah dua kali melahirkan 10 ekor anak, walaupun tak semuanya hidup. Insya Allah kelahiran kali ini merupakan kali yang ke 6 buat Sayong. Sayong berehat lama sejak kelahiran yang lepas pada 15 Jan 2011. Entah kenapa tak pula aku ketahui, 3 kali perkahwinan yang lepas tak menjadi. Mungkin cara aku mengesani benih "palpate" masih tak betul.

Anak-anak Sayong setakat ini belum ada lagi yang menandingi Sayong dari segi saiz mereka. Aku  mensasarkan berat mereka menjangkau 3kg pada umur 6 bulan. Setakat ini mereka hanya dalam lingkungan 2kg lebih. Faktor makanan memainkan peranan penting selain dari genetik (keturunan). Abang Mail memberi petua dengan mencampurkan sedikit makanan ikan berprotien tinggi untuk mencepatkan pembesaran. Aku dah cuba dengan 1 beg tapi tak perasan pula ada pembesaran yang mendadak. Ada suatu ketika aku rajin memberi rumput Israel hampir setiap hari dan aku dapati kebanyakan dari arnab-arnab peliharaan aku agak gemuk. Masalahnya ialah bau kencing mereka menjadi agak kuat. Sayur meningkatkan kandungan Ammonia?

Friday, June 17, 2011

Lepas bebas

Salam sejahtera,
Aku telah membiarkan beberapa ekor arnab jantan yang aku miliki hidup bebas diluar sangkar. Kini telah hampir sebulan mereka hidup bebas mencari makanan sendiri. Rumput memang banyak dan pallet memang tersedia untuk mereka. Setakat ini semuanya jinak-jinak belaka dan hanya bermain dalam kawasan yang berpagar. Ada se ekor terlepas keluar pagar tapi telah dimasukkan semula ke dalam sangkar.

Pada permulaan mereka dikeluarkan dari sangkar, aku dapati terdapat perkelahian kecil sesama mereka. Selepas seketika, mungkin dah kenal agaknya, mereka kembali tenteram dan mengambil tempat masing masing. Ada yang "port" bawah bangsal, ada bawah pokok pisang dan lain-lain spot kegemaran mereka.

Ada se ekor yang keluar sendiri dari sangkarnya dan yang ni agak liar sedikit. Macam orang salah je. Bila nampak aku je, terus lari jauh masuk ke kawasan pagar tanah jiran sebelah yang masih kosong.

Aku agak risau sebenarnya kerana pernah ada beberapa ekor anjing yang berkunjung tanpa dijemput. Pada waktu itu aku membela ayam kampung dan kawasan tanah lot adik aku ni tidak berpagar. Habis ayam-ayam tu diganyah oleh anjing yang pelahap tu. Bergelimpangan bahagian kaki, badan, kepak ayam di kawasan reban ayam aku. Sedih sekali. Kini semenjak pagar telah dinaikkan, tiada lagi pencerobohan oleh anjing-anjing tu.


Buat masa ini arnab betina tidak dicadangkan untuk dilepaskan untuk jangka waktu yang panjang. Hanya buat seketika sekadar melepaskan rasa boring dok dalam sangkar sahaja. Bimbang kerana kalau ditakdirkan mereka membiak, entah kat lubang mana dia akan korek dan apa yang akan terjadi pada keselamatan anak-anak kecil tu. Kalau musim hujan, sebahagian tanah ni akan dinaiki air.Biawak dan ular juga antara binatang lain yang kadang-kadang menziarahi tempat ini.
Angan-angan nak buka taman mini arnab tu masih lagi dalam kepala. Dengan kawasan yang memang terhad, mungkin tak menjadi kenyataan angan-angan tu. Tapi mana tahu, satu hari nanti termakbul cita-cita tu. Dapat juga anak-anak kecil (dan juga yang dewasa) datang berkunjung melihat salah satu ciptaan Allah yang bernama arnab. Taman mini yang dapat melepaskan sedikit tekanan/stress setelah seminggu bekerja.