Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Tuesday, January 24, 2012

Makan besar Tahun Baru Cina

Salam sejahtera,
Selamat Tahun Baru, Gong Xi Fa Cai,  Xin Nian Kuaile kepada rakan-rakan berbangsa Cina. Kesempatan cuti dimana hampir seluruh ahli keluarga dapat berkumpul telah digunakan untuk aktiviti bersama. Anak sulung aku telah membantu menyembelih dan menyelinap 3 ekor arnab. Anak-anak perempuan pula membantu menyediakan bahan-bahan untuk memerap daging. Yang lain-lain tu tolong di mana yang patut. Juadah istimewa kami ialah arnab panggang.
Arnab pangang
Alhamdulillah sungguh menyelerakan dimakan bersama kuah sos lada hitam yang didatangkan khas dari Restoran Mutiara Kristal, Kg. Pelet. Masing-masing mengambil bahagian kesukaan mereka. Ada yang letakkan sos atas daging ala restoran, ada yang mencicah daging atas sos dalam pinggan ..ala kampung style, ada yang hanya makan begitu sahaja tanpa sos... yang pasti semua puas merasa keenakan daging arnab peliharaan sendiri, diproses sendiri, masak sendiri dan  dimakan bersama dengan ahli keluarga.
Sos lada hitam
Dalam masa lebih kurang 20 minit, setelah perut masing-masing telah terisi dengan hidangan lazat , maka kenalah buat satu lagi perkara yang tak dibuat di restoran,....basuh pinggan sendiri. Baki yang tinggal hanyalah tulang belulang yang tak dapat dikunyah. Mungkin habuan jin kot. (Katanya jin makan tulang...)
yang tinggal hanya tulang belulang
Kali ini promosi sikit. Kepada yang inginkan daging arnab, boleh dapatkan dari Kebun Arnab Ayman dengan harga RM30/kg. Bekalan terhad.

Tuesday, January 3, 2012

Anugerah sementara

Salam sejahtera,
Alhamdulillah setelah pulang dari bercuti 3 ekor induk melahirkan anak seperti yang dijadualkan. Salji, baka lop ear memecahkan rekodnya sendiri dengan 10 ekor anak. Terkejut juga aku kerana setakat ini hanya Sayong sahaja yang pernah buat rekod dengan jumlah anak yang sedemikian. Kegembiraan aku bertahan setakat sehari sahaja kerana pada keesokkan harinya semua 10 ekor anak tu telah sejuk tak bernyawa. Aku dapati 2 ekor induk lain juga mengalami masalah yang sama. Se ekor mungkin kerana ibu mula beranak tapi yang se ekor lagi tu tak tahu apa masalahnya. Ini disebabkan ia telah melahirkan anak sebelum ini. Kemungkinan lain ialah faktor cuaca dan juga pemakanan. Aku pasrah dan redha dengan apa yang terjadi tapi ingin mengambil pengalaman  ini untuk memperbaiki faktor suasana sebagai pelajaran pembaikan di masa hadapan.

Semasa bercuti minggu lepas sempat juga aku bertandang ke rumah seorang perternak berdekatan Putrajaya. Aku menambah sepasang baka Chincilla dari beliau. Labuchi induk Chincilla aku selama ini hanya dikahwinkan dengan pejantan NZW. Selepas ini bolehlah aku dapatkan baka Chincilla dari pejantan yang baru dibeli tu. Semua baka pedaging NZW, Flemish Giant dan Chincilla yang aku miliki kini telah cukup pasangan masing-masing.

Insya Allah aku berdoa semoga rancangan utk membesarkan lagi ternakan di tanah lot yang baru akan berjaya direalisasikan dalam masa 6 bulan dari sekarang. Mungkin kena cari rakan yang berminat dan sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk menjayakannya.