Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Wednesday, December 7, 2011

Lop ear - percubaan kedua

Salam sejahtera,
Lain orang lain nasib dan ketentuan mereka. Percubaan di KAA untuk membiakkan baka Lop Ear kurang menjadi. Sepasang Lop Ear yang dipelihara pada peringkat awal tidak membiak langsung. Yang betinanya tak pernah menghasilkan anak. Akhirnya ia menemui ajal tanpa melahirkan anak. Yang jantan telah dikahwinkan dengan baka lain tapi anak yang dilahirkan dah tak ori. Yang jantan ni pun hanya sempat dikahwinkan beberapa kali sahaja sebelum ia menemui ajalnya.
Percubaan kedua untuk membiakkan jenis lop ear dimulakan semula. Seekor lop ear betina telah membesar tanpa ada pejantan baka yang sama untuk beberapa ketika. Seekor pejantan telah diganti tapi hanya sempat memberi khidmat 2 atau 3 kali sahaja sebelum ia menemui ajalnya.  Taqmbahan dibuat lagi selepas tu dan diharapkan agar ianya membuahkan kejayaan,
Ini adalah antara hasil daripada cubaan tersebut. Seekor anak betina berwarna hitam, Ada dua lagi induk yang telah melahirkan anak tapi masih agak kecil dan belum terserlah lagi lop mereka. Baka ni amat kurang melahirkan anak. Paling banyak hanya 4 ekor. Kalau yang pedaging tu sampai 10 ekor.


Lain -lain yang sedia untuk dijual ialah anak NZW, Hotot dan kacukan English spot,