Salam sejahtera,
Selamat Tahun Baru, Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuaile kepada rakan-rakan berbangsa Cina. Kesempatan cuti dimana hampir seluruh ahli keluarga dapat berkumpul telah digunakan untuk aktiviti bersama. Anak sulung aku telah membantu menyembelih dan menyelinap 3 ekor arnab. Anak-anak perempuan pula membantu menyediakan bahan-bahan untuk memerap daging. Yang lain-lain tu tolong di mana yang patut. Juadah istimewa kami ialah arnab panggang.
|
Arnab pangang |
Alhamdulillah sungguh menyelerakan dimakan bersama kuah sos lada hitam yang didatangkan khas dari Restoran Mutiara Kristal, Kg. Pelet. Masing-masing mengambil bahagian kesukaan mereka. Ada yang letakkan sos atas daging ala restoran, ada yang mencicah daging atas sos dalam pinggan ..ala kampung style, ada yang hanya makan begitu sahaja tanpa sos... yang pasti semua puas merasa keenakan daging arnab peliharaan sendiri, diproses sendiri, masak sendiri dan dimakan bersama dengan ahli keluarga.
|
Sos lada hitam |
Dalam masa lebih kurang 20 minit, setelah perut masing-masing telah terisi dengan hidangan lazat , maka kenalah buat satu lagi perkara yang tak dibuat di restoran,....basuh pinggan sendiri. Baki yang tinggal hanyalah tulang belulang yang tak dapat dikunyah. Mungkin habuan jin kot. (Katanya jin makan tulang...)
|
yang tinggal hanya tulang belulang |
Kali ini promosi sikit. Kepada yang inginkan daging arnab, boleh dapatkan dari Kebun Arnab Ayman dengan harga RM30/kg. Bekalan terhad.