Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Friday, October 23, 2009

Tambahan baka

Sejak aku mula berjinak dengan penternakan arnab awal tahun ini (Mac 09) aku telah membeli baka secara kecil-kecilan, sepasang atau dua sahaja. Selain dari faktor wang, sangkar yang ada juga terhad. Dalam kiraanku, 20 ekor telah dibeli. Kebanyakan dari arnab yang dibeli berumur dalam lingkungan 1-1/2 hingga 2 bulan. Ada juga beberapa ekor arnab dewasa yang aku beli tetapi kebanyakannya arnab jantan. Aku dapati kadar pembiakan arnab aku tak lah seberapa kerana tak banyak arnab betina yang ada dan juga aku terpaksa menunggu sehingga anak-anak tu matang untuk bersedia disenyawakan dan  seterusnya melahirkan anak. Kadar kematian anak semasa kecil juga agak tinggi. Pada semua kelahiran setakat ini, ada anak yang mati. Ibu yang paling banyak beranak ialah KPG8-Koko dengan tiga kali kelahiran sejak dibeli pada 9 Apr 09. Hanya Koko dibeli pada umur matang dan mungkin telah melahirkan anak beberapa kali sebelum ia menjadi milikku. Dua ekor ibu lain yang kelahiran setakat ini merupakan dari peliharaan sejak kecil. Melihat kepada perkembangan setakat ini, aku membuat keputusan untuk menambahkan lagi baka betina agar kadar kelahiran akan lebih berganda.


Aku bercadang ke Pantai Remis berdasarkan maklumat dari kawanku yang mengatakan terdapat ladang di sana yang menjual anak arnab pedaging dengan harga berpatutan. Dah beberapa kali aku merancang untuk ke sana tetapi hajat tu tak kesampaian. Jauh sangat la... Aku mungkin ke sana sekiranya ada perjalanan ke selatan tapi hanya untuk ke sana untuk beli arnab 2-3 pasang macam tak berbaloi. Aku jengok-jengok kat mudah.my mana tahu ada yang nak menjual arnab pedaging dengan harga berpatutan dan tak berapa jauh. Alhamdulillah jumpa satu iklan dari Pn Siti Zawiyah di Changlun. Changlun? Dekat UUM tu? Masih jauh juga. Walaubagaimanapun pada Isnin lepas, 19 Okt aku telah sampai kesana dan membeli 4 ekor anak, betina semuanya. 3 pedaging dan seekor Anggora. Sebenarnya aku pada hari tu menghantar anak sulungku pulang ke sekolah asrama beliau di Pokok Sena, Alor Setar. Jadi untuk ke Changlun tu kira dah agak dekat, dalam 15minit memandu. Cikgu Siti pelihara hampir 90 ekor arnab di kawasan kampung berdekatan rumah beliau. Melihat arnab peliharaan Cikgu Siti membuatkan azam aku untuk pelihara arnab dalam skala yang besar semakin bertambah. Insya Allah tahun depan akan aku peruntukkan sedikit lagi dari bonus tahunan aku untuk membuat rumah arnab yang besar sikit. 

2 comments:

  1. En Yusof, boleh dapatkan alamat Cikgu Zawiyah tak? Saya juga berminat utk membela arnab dlm skala besar. Masih dalam percubaan. Jika menjadi, selepas kelahiran pertama arnab dan tiada masalah timbul, saya akan teruskan dlm skala besar. Mungkin kita boleh bekerjasama memandangkan kita tinggal berdekatan. Saya tinggal di Sungai Dua. Encik Yusof boleh hubungi saya melalui emel saya di blog saya.

    ReplyDelete
  2. Salam, boleh contact terus Cikgu Siti di 017-5168984,rumah beliau di Taman belakang Caltex Changlun.

    ReplyDelete