Arnab untuk dijual
- Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas
Saturday, January 23, 2010
Anak-anak Koko dan Tompok
Salam, nak berkongsi gambar anak-anak Koko dan si Tompok. Dua ekor mengikut warna bapa. Tiga ekor ikut warna emak dan 2 lagi yang hitam mungkin warna datuk/nenek mereka. Gambar diambil pada hari ke 9. Sebahagian dah buka mata tapi ada 2-3 ekor lagi masih belum.
Thursday, January 14, 2010
Kelahiran Koko ke-4 dengan 7 kits
Petang kelmarin aku telah mula melihat Koko mencabut bulu-bulunya dalam kotak sarang. Aku tambahkan shreaded paper dalam sangkar untuk Koko membuat tambahan pelapik untuk anaknya yang akan menjelang tiba. Sedikit rumput kering juga aku masukkan. Menurut rekod aku, Koko akan melahirkan anak pada 12 Jan 2010. Kelahiran sebenar telah berlaku pada 13 Jan 2010. OK la tu, overdue 1 hari. Mungkin silap aku kira harinya tapi masih dalam julat kebiasaan arnab ni beranak. Dengan mengambil kira jumlah kits pada kali ini, Koko telah melahirkan sebanyak 22 ekor sejak ianya menjadi doe peliharaanku.
Beberapa anak Koko kemungkinan akan mempunyai bulu seperti si Tompok (Pedaging NZ). Selepas ini semoga akan bertambahlah baka pedaging aku...
Anak Si Putih Penaga juga dah mula keluar kotak sarang mereka. Alhamdulillah kesemua 6 ekor anaknya sihat walafiat.
Aku bercadang untuk mendapatkan baka Dutch pula selepas ni. Insya Allah kalau sempat mungkin aku pergi mendapatkan mereka pada hujung minggu ni..

Tuesday, January 12, 2010
Gantian baka Anggora
Aku telah membuat gantian untuk Anggora yang mati tempohari akibat gigitan kerengga. Kali ini 2 ekor Anggora telah dibeli dengan umur baka dalam lingkungan 6 bulan dan 1 tahun. Cara ini akan mencepatkan pembiakkan mereka berbanding dengan membeli anak pada usia sekitar 2 bulan. Cuma ada sedikit risiko kerana aku tak mengetahui sejarah mereka yang mungkin ada penyakit dan sebagainya. Kedua-dua baka baru ini ditempatkan di bahagian bawah sangkar dua tingkat yang siap sebahagian tu. Untuk Anggora yang berumur 1 tahun tu aku namakan “Kembang” kerana saiznya yang agak besar. Sementara yang satu lagi aku namakan “Fuffy” kerana bulunya yang agak fluffy, mungkin kacukan Anggora dan Lionhead.
“si Kembang” menjeling
Fuffy
Sementara tu anak Anggora yang lahir tempohari dah mula keluar dari kotak sarang mereka. Hanya 4 yang tinggal. Se ekor mati akibat terjerut kakinya dengan kekabu polyester. Dalam 1-2 hari lagi kotak sarang tu akan dikeluarkan.
Aku belum sempat mengambil gambar anak-anak Putih Penaga yang 6 ekor tu. Beberapa ekor daripada anaknya berwarna oren, hitam dan putih seperti warna beberapa adik-beradik ibunya. Setakat ini tak nampak pula warna seperti baka bapanya, si Tompok pedaging New Zealand. Aku sebenarnya tak tahu keturunan apa si Tompok ni semasa mendapatkannya dari ladang Kristal Mutiara dulu. Yang aku maklum, ianya baka import dari New Zealand. Memang saiznya agak besar untuk usianya yang baru hampir 8 bulan. Ni gambar si Tompok yang persis seperti English spot rabbit. Nak kena cari alat penimbang selepas ni utk ukur berat arnab-arnab nih..

Monday, January 4, 2010
2010 - kelahiran
Salam sejahtera. Alhamdulillah pada hari kedua tahun 2010 salah seekor dari arnabku telah melahirkan anaknya. Putih Penaga (KPG3) beranak untuk kali ke empat dengan 6 ekor anak. Sejarah kelahiran KPG3 agak tidak memberangsangkan dengan jumlah yang kecil, kematian pada saat kelahiran dan juga dikhuatiri telah memakan anaknya sendiri. Pada kelahiran kali ini, KPG3 nampaknya lebih bersedia dan harapanku agar anak-anaknya akan membesar dengan baik. Menurut rekodku, KPG3 telah dikahwinkan dengan baka pedaging NZ (PNZ1)yang dibeli dari Kristal Mutiara.
KPG3 melahirkan anaknya pada sebelah petang sekitar jam 2:00. Sebelum Zohor aku telah melihat bulu-bulu KPG3 telah banyak dicabutnya. Sebahagian besar didalam kotak sarang dan ada sebahagian lagi bertibaran merata di lantai sangkar. Melihat gelagat KPG3 aku segera menambahkan carikan kertas yang masih ada dalam simpanan aku.
Beberapa ketika sebelum kelahiran
Beberapa ketika sebelum kelahiran
Anak-anak KPG3 sejurus selepas kelahiran
Subscribe to:
Posts (Atom)