Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Thursday, January 14, 2010

Kelahiran Koko ke-4 dengan 7 kits

Petang kelmarin aku telah mula melihat Koko mencabut bulu-bulunya dalam kotak sarang. Aku tambahkan shreaded paper dalam sangkar untuk Koko membuat tambahan pelapik untuk anaknya yang akan menjelang tiba. Sedikit rumput kering juga aku masukkan. Menurut rekod aku, Koko akan melahirkan anak pada 12 Jan 2010. Kelahiran sebenar telah berlaku pada 13 Jan 2010. OK la tu, overdue 1 hari. Mungkin silap aku kira harinya tapi masih dalam julat kebiasaan arnab ni beranak. Dengan mengambil kira jumlah kits pada kali ini, Koko telah melahirkan sebanyak 22 ekor sejak ianya menjadi doe peliharaanku.


Beberapa anak Koko kemungkinan akan mempunyai bulu seperti si Tompok (Pedaging NZ). Selepas ini  semoga akan bertambahlah baka pedaging aku...

Anak Si Putih Penaga juga dah mula keluar kotak sarang mereka. Alhamdulillah kesemua 6 ekor anaknya sihat walafiat.

Aku bercadang untuk mendapatkan baka Dutch pula selepas ni. Insya Allah kalau sempat mungkin aku pergi mendapatkan mereka pada hujung minggu ni..

No comments:

Post a Comment