Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Thursday, February 18, 2010

force breeding, macamana?

Ingin berkongsi dan berharap ada yang dapat membantu mengenai dua ekor arnab betina aku yang tidak merelakan diri mereka untuk bersama si jantan. Se ekor si Lop Ear dan satu lagi jenis Anggora. Telah aku cuba beberapa kali sejak umur matang mereka beberapa bulan lalu untuk pasangkan mereka dengan si jantan tapi nampaknya mereka berdua ni masih tak mahu bersama. Kedua-dua arnab tu di pelihara dari kecil. Aku terfikir untuk force breeding tapi setakat ni belum cukup maklumat lagi. Kedua-dua arnab pernah ditempatkan dalam sangkar si jantan selama sebih dari seminggu. Setakat ini belum ada hasil lagi.

Si Anggora (Mutiara Kristal) tu kalau dimasukkan dalam sangkar pejantan, ia akan berlari dan menjauhkan diri dari dinaiki belakangnya oleh si jantan. Kalau berjaya dinaikipun, ia masih tidak akan mengangkat punggungnya seperti yang lain. Si Lop Ear tu walaupun tak lah lari sangat tapi masih tidak membenarkan...  Kalau berterusan begini, rasanya kedua-dua mereka tu sesuai untuk hiasan aje.



Sejak 2 minggu yang lalu aku telah kahwinkan 5-6 ekor arnab betina aku dan aku berharap bulan Mac nanti semuanya akan berjaya melahirkan anak. Ada 3 ekor ibu muda yang baru pertama kali berkahwin. Selepas ni jika aku tak dapat menyiapkan sangkar arnab yang cukup, aku perlu menjual sebahagian dari anak-anak tu..

1 comment:

  1. salam sejahtera,

    saya pun menghadapi masalah yang sama seperti anda..apabila saya masuk kan arnab betina ke sangkar arnab jantan..arnab betina akan lari ketakutan sehingga berdarah hidung akibat berlanggar dengan sangkar. Jika si jantan berjaya naik atas badan betina pun, ianya masih gagal untuk mengawan. Sesiapa ada idea tolong la bagitahu yea..

    terima kasih

    ReplyDelete