Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Thursday, July 1, 2010

Pertandingan Arnab Cantik di Tapak Ekspo Seberang Jaya - 10&11 Jul 2010

Salam semua.  Berita baik untuk pencinta arnab!

Buat julung kalinya, Kelab Arnab Ku Seberang Perai dengan kerjasama Jabatan Veterinar P. Pinang akan menganjurkan Pertandingan Arnab Cantik sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di tapak Ekspo Seberang Jaya. Ekspo dijadualkan akan bermula pada 8hb Julai hingga 11hb Julai 2010, seminggu dari hari ini. Pertandingan arnab akan diadakan pada hujung minggu, 10 & 11 Jul 2010.

Pada semua yang memiliki arnab, anda dijemput untuk bersama dalam pertandingan ini. Arnab 2 bulan ke atas boleh masuk bertanding. Yang akan menentukan kemenangan ialah semua pengunjung yang hadir mengundi untuk arnab anda. Yuran masuk untuk setiap ekor arnab yang akan dipertandingkan dikenakan yuran RM15 sahaja. Untuk mengundi dengan menggunakan borang yang boleh didapati di sana, anda perlu bayar RM1 sahaja.

Hadiah yang disediakan untuk pemenang arnab paling cantik ialah:
Sepasang arnab baka Teddy bear lengkap dengan sangkar, bekas makanan/minuman dan bekalan makanan.

Hadiah untuk pengundi pula ialah:
Sepasang arnab baka kacukan lengkap dengan sangkar, bekas makanan/minuman dan bekalan makanan.


Sila hubungi senarai berikut untuk maklumat lanjut:
Tn Hj Yusof: 017 4368010
En Hanif: 013 4852527
En Fauzi: 019 523 4597
atau saya, Yusof Zaki : 019-4944498


Dan seperti biasa, jualan arnab akan diadakan pada sepanjang ekspo ini. Dengarnya bekalan daging arnab juga sedang diusahakan untuk dijual di sana. Daging arnab memang halus dan paling kurang kolesterol. Untuk yang ada asma, cubalah hati arnab yang direbus, ramai yang dah sihat dengan memakannya. Usaha, ikhtiar dan doa, insya Allah mujarab.



No comments:

Post a Comment