Salam sejahtera semua.
Bilangan arnab di KAA semakin hari semakin bertambah dan kini keadaan persekitaran reban sudah tidak terurus dengan baik. Tinja arnab semakin bertimbun, sangat baik untuk pelbagai pokok. Tembikai, bayam, tomato tumbuh tanpa diselenggara dengan baik - bercampur aduk bersama rumput yang turut berlumba mendapat baja. Pisang emas yang ditanam depan rumah nampak lebih banyak buahnya berbanding semasa ianya berada dibelakang rumah.
Aku hanya sempat meluangkan masa sekitar 1 jam setiap petang untuk memberi makan dan minum arnab-arnab ni. Hari minggu mungkin sehingga separuh hari tapi sekitar rumah sendiri pun perlu dijaga. Aku dinasihati isteri agar mencari pembantu untuk mengurus kebun arnab.Ya, mungkin itulah langkah selanjutnya tetapi kena bajet betul-betul nanti kerugian pula. Hobi ini perlu sedikit demi sedikit menjadi salah satu sumber penjana ekonomi.
Tambahan reban arnab masih berjalan, tetapi amat perlahan sekali kerana tak banyak masa yang dapat diluangkan. Kerangka reban dah hampir siap tapi zink belum lagi dibeli. Pagi tadi bercadang nak dapatkan 6 keping zink ukuran 12 kaki dan 6 keping ukuran 7 kaki dari kedai. Malangnya selepas balik dari majlis khenduri, hujan lebat dan sampai rumah lewat. Tangguh lagi .....
Sedikit perkembangan arnab di KAA. Anak-anak baka pedaging dari induk Meru (NZW), Sayong (NZW), Labuchi (Chincilla) yang hidup nampak sihat semuanya. Kebanyakan dah hampir umur cerai susu. Sayong dan Labuchi telah dikahwinkan semula dan dijadualkan akan melahirkan anak lagi pada akhir bulan ini.
Baka English spot mendominasi kebanyakan kelahiran, di ikuti baka Hotot dan Lionhead. Mini Lop dan Holland Lop tak berapa menjadi. Kelahiran yang sedikit dan kematian yang tinggi untuk baka ini.
No comments:
Post a Comment