Salam sejahtera,
Pagi tadi aku lihat Sayong sibuk menyediakan kotak sarangnya. Due hari ini...Teringat pula nak kongsi sedikit mengenai si Sayong, baka New Zealand White yang pertama aku miliki. Ia adalah dari pemberian Abang Mail yang aku lawati di Kuala Kangsar pada awal Disember 2009. Abang Mail ini aku kenali melalui Pn. Zamrud. Pada waktu tu aku di sana menghadiri perhimpunan tahunan persatuan.
Sayong merupakan antara arnab yang paling produktif dalam peliharaanku. Pernah dua kali melahirkan 10 ekor anak, walaupun tak semuanya hidup. Insya Allah kelahiran kali ini merupakan kali yang ke 6 buat Sayong. Sayong berehat lama sejak kelahiran yang lepas pada 15 Jan 2011. Entah kenapa tak pula aku ketahui, 3 kali perkahwinan yang lepas tak menjadi. Mungkin cara aku mengesani benih "palpate" masih tak betul.
Anak-anak Sayong setakat ini belum ada lagi yang menandingi Sayong dari segi saiz mereka. Aku mensasarkan berat mereka menjangkau 3kg pada umur 6 bulan. Setakat ini mereka hanya dalam lingkungan 2kg lebih. Faktor makanan memainkan peranan penting selain dari genetik (keturunan). Abang Mail memberi petua dengan mencampurkan sedikit makanan ikan berprotien tinggi untuk mencepatkan pembesaran. Aku dah cuba dengan 1 beg tapi tak perasan pula ada pembesaran yang mendadak. Ada suatu ketika aku rajin memberi rumput Israel hampir setiap hari dan aku dapati kebanyakan dari arnab-arnab peliharaan aku agak gemuk. Masalahnya ialah bau kencing mereka menjadi agak kuat. Sayur meningkatkan kandungan Ammonia?
No comments:
Post a Comment