Salam sejahtera semua,
Alhamdulillah tahun ini aku sekeluarga beraya di Melaka. Ahad kami bertolak dari Penang dan seperti biasa perjalanan yang menoggak arus memang agak mudah. Hampir tiada traffic jam berbanding yang nak ke Utara. Pada mulanya dianggarkan perjalanan mungkin akan mengambil masa sehingga 8 jam. Perjalanan sebenar hanya sekitar 6 jam lebih sahaja. Sempatlah berbuka dirumah mertua.
Hari ini aku sekeluarga bertolak pulang semula menuju ke Utara. Boleh tahan juga kenderaan yang berada di lebuhraya. Di sesetengah tempat walaupun kenderaan masih berjalan tapi pada kelajuan yang "merangkak".
Dalam perjalanan aku sempat singgah di PD untuk melawat tempat peliharaan rakan penternak di sana. Mulanya hanya nak lihat-lihat je,tapi akhirnya sambar juga sepasang English Anggora dek kerana terpikat dengan kecantikan dan kegebuan bulunya. Harapan aku agar pasangan EA ini akan membiak dengan baik.
No comments:
Post a Comment