Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Sunday, October 30, 2011

Bulan Okt yang meriah

Salam sejahtera,
Alhamdulillah bulan ini agak meriah dengan kelahiran anak-anak kecil di KAA berbanding bulan lepas. Mungkin kurniaan Allah bersempena dengan bulan kelahiranku dan isteri. Sehingga hari ini 47 ekor telah dilahirkan dan 41 masih hidup. Yang mati tu samada sebaik sahaja selepas kelahiran ataupun terjatuh dan lain-lain.
Baka pedaging yang sedia dijual hanya tinggal yang jantan sahaja. Yang betina dah habis semuanya. Baka pedaging campuran kurang mendapat sambutan dan kebanyakannya berakhir dengan jualan daging sahaja. Alhamdulillah permintaan untuk daging setakat ini bersesuaian dengan jumlah arnab yang ada. Dengan bekalan yang sedikit, pelanggan setakat ini kebanyakannya pada kawan dan kenalan sahaja. Tiada papantanda pun yang diletakkan untuk tempat peliharaanku ini. Publisiti sekadar buah mulut dan juga blog ini shj.Dipaparkan sebahagian dari gambar untuk tatapan semua.
Subura

Anak Subura + Jebat (NZW)

Kembang (Hotot)

 
Anak Kemban(Hotot) + Tompok (English Spot)

No comments:

Post a Comment