Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Friday, February 11, 2011

Sambutan meriah

Salam sejahtera..
Alhamdulillah malam tadi berlatarbelakangkan dentuman mercun dari jiran-jiran kaum Cina yang masih merayakan Tahun Baru Cina, tiga induk di KAA telah melahirkan anak. Bagi KAA, dentuman mercun tu bagaikan meraikan kelahiran tersebut. Memang meriah sekali. Dua kelahiran adalah mengikut jadual dan satu lagi kelahiran adalah secara mengejut kerana tiada dalam jadual.
Kembang, baka Hotot yang dikahwinkan dengan Akbar (Flemish Giant) telah melahirkan 5 ekor anak.
Ini merupakan kelahiran ke-5 buat Kembang semenjak berada di KAA selama hampir 13 bulan. Anak-anak Kembang nampak agak besar dari biasa. Kemungkinan mengikut keturunan Akbar yang besar.

Labuchi (Chincilla) telah melahirkan anak buat kali pertama hasil kacukan dengan Akbar dengan 6 ekor anak. Mungkin kerana pengalaman kali pertama, Labuchi tidak membersihkan anak-anaknya ataupun memakan uri yang keluar. Ini membimbangkan aku. Nampak macam belum pandai menjaga anaknya. Aku membuat keputusan memindahkan 5 ekor anaknya pada Kembang dan Segar. Hanya se sekor ditinggalkan pada Labuchi. Saiz anak Labuchi lebih kecil berbanding dengan anak Kembang.

Labuchi, baka Chincilla
 Dan yang terakhir ialah Segar, (the surprise ones) telah melahirkan 2 ekor anak. Segar ni telah membesar bersama saudaranya (Bugar) dari sejak kecil dalam satu sangkar. Se ekor saudara mereka telah dijual dan se ekor lagi telah mati. Ibu mereka ialah Comot yang telah dikahwinkan dengan Gagah, baka kacukan Lionhead.
Segar, Bugar dan 2 lagi saudara mereka semasa umur 2 bulan

2 comments:

  1. bp ekor arnab terjual progam sabtu br nie? saya dok cr anak HL nie,nt kalau ada stok bg tau saya yeee..ingat x saya yg jmp sabtu br nie?(TAK SANGGUP MAKAN DAGING ARNAB)

    ReplyDelete
  2. Salam, 1 shj. Insya Allah kalau ada sy bg tau nanti. Sy ingat Mengkuang Titi..

    ReplyDelete