Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Thursday, January 27, 2011

Ahli Kelab 8 bertambah

Salam sejahtera.
Alhamdulillah malam tadi Mutiara (Hotot) selamat melahirkan 8 ekor anak. Dengan kelahiran ini ia menjadi induk yang ke tiga selepas Sayong (NZW) dan Arang (Mix) sebagai ahli Kelab 8. Mutiara setakat ini telah melahirkan anak sebanyak 4 kali bermula dengan kelahiran pertama pada bulan Ogos tahun lepas. Pada kelahiran pertama, habis semua anak-anaknya mati dimakan oleh Mutiara. Ini mungkin sindrom ibu baru lahir anak. Pada dua kelahiran selepas itu, Mutiara telah berubah dan menjaga anaknya dengan baik. Diharapkan pada kelahiran kali ini Mutiara akan dapat menjaga anak-anaknya dengan baik tanpa sebarang kematian. Menjadi tanggungjawab aku juga sebenarnya untuk memberikan makanan tambahan yang bersesuaian kepada Mutiara. Insya Allah, aku akan mendapatkan vitamin serta daun-daun berprotien tinggi kepada Mutiara.
Sedikit perkembangan ahli Kelab 8.
Anak Sayong hanya tinggal 5 ekor sekarang. 5 lagi telah mati.
Anak Arang 9 ekor yang dilahirkan pada 23 Jan lepas masih nampak sihat kebanyakkannya. Ada 1 atau 2 ekor nampak agak kurus sikit, mungkin tak dapat cukup susu.

Dengan pertambahan anak yang cukup memberangsangkan ini, aku dapati sangkar di KAA memang dah tak cukup untuk arnab-arnab ni diami. Sekarang ini dah ada 88 sangkar dan sebahagiannya dikongsi bersama sementara mereka masih dibawah umur 3 bulan. Aku telah mula memikirkan untuk membuat sangkar tambahan. Dawai telah dibeli tapi belum sempat lagi untuk aku luangkan masa nak buat semua tu. Pada masa yang sama sebahagian dari lantai sangkar yang dibuat tahun lepas dah mula berkarat dan pecah. Itu semua perlu diperbaiki. Cadangan aku, cuti Tahun Baru Cina nanti aku akan buat sebahagian dari kerja-kerja tu. Kalau tak sempat juga, alamatnya akan ada beberapa ekor yang akan jadi satay nanti.

2 comments:

  1. Huhuhu...berkarat juga ya? Sama le kat sini punya pun...tapi skrg sy guna dawai yg tebal sikit...tapi berdenyut tangan dibuatnya...

    ReplyDelete
  2. Dulu ingat nak jimat pakai dawai murah. Tapi memang tak berbaloi. Skrg dah beli yg tebal.

    ReplyDelete