Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Thursday, April 28, 2011

French Angora

Salam,
Aku dihubungi oleh seorang rakan penternak yang tidak mahu lagi terlibat dengan arnab. Beliau mahu menumpukan perhatian kepada ternakan kambing Boer. Aku ke sana Ahad lepas dan telah mengambil Angora yang dipeliharanya. Dari perbandingan dengan Angora yang aku miliki, nampaknya ahli baru ni memiliki kriteria  French Angora. Bulunya agak kasar berbanding Angora mata celak yang aku miliki tapi kurang dibahagian muka. Saiznya juga lebih sekali ganda besar.

Ahli baru KAA


Mata celak


Ni jenis apa?

Monday, April 18, 2011

Peringatan

Salam sejahtera,
Dalam kita berusaha untuk mempertingkatkan hasil dari hobi ternakan arnab ini, aku diperingatkan oleh kengkawan di wargakilang dengan artikel di bawah. Semoga ia menjadi peringatan buat diriku dan para pembaca sekelian.

Jumaat, April 15, 2011


SOLAT SUNAT DHUHA DEKATKAN REZEKI
Oleh: Ustazah Hanisah Harun - (Sumber dari Mohamadazhan.Com)

Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW

berkata: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas
rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas" (Riwayat
Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : "Dua
rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah
baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan." (Riwayat
Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : "Barangsiapa
yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis
dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan
barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia
daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang
menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari
tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis
baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang
menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya
mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan
Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah
tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih
baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya," (Riwayat
At-Thabarani ).

Hadis-hadis diatas jelas menunjukkan tentang kelebihan solat sunat dhuha
dan betapa besar ganjarannya apabila kita menunaikan solat sunat dhuha
dan sentiasa beristiqamah dengan solat sunat ini. Tambahan pula Antara
ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang
mengalakkannya dan menyatakan keutamaan mengenai solat sunat ini,
antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

"Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku
tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah
mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat
Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada
tiap-tiap bulan" (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
"Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang
kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu
sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai
ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha ."
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Waktu solat Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan
berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan
iaitu dilewatkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat
yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat
rakaat, enam rakaat, lapan rakaat dan dua belas rakaat. Menurut
sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil
yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.

Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :
"Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya
seberapa yang dikehedakinya." (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu
Majah)

Lafaz niat :

"Usolli Sunnatal Dhuhaa Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar "
Sahaja aku solat sunat duha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Selepas membaca Al- Fatihah pada rakaat pertama digalakkan membaca surah
As-Syams. Manakala Pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah digalakkan juga
membaca surah Ad-Duha. Semasa sujud akhir bacalah surah Ad-Duha 1 kali.

Selepas memberi salam digalakkan membaca Doa Nabi Besar Kesayangan Kita
s.a.w ini

"Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah
kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu
,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu ".

" Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada
di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram
sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala
yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh ."

Jom sahabat2 kita lakukan solat sunat ini dengan penuh keazaman dan
istiqamah. Semua orang boleh cakap untuk berazam kan? Semua orang boleh
akap istiqamah kan? Senarailah sebanyak mana sekalipun azam kita. Satu
hakikat yang pasti, semuanya bergantung kepada kekuatan diri kita untuk
terus istiqamah dan berazam dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Mana mungkin kita dapat ganjaran yang ditawarkan oleh ALLAH tanpa
usaha,azam dan istiqamah? Orang yang beristiqamah bermaksud seorang yang
gigih tekun dan komited dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan sehingga
tercapai matlamatnya.

Dalam konteks kehidupan sekarang, apapun yang kita lakukan ia menuntut
kita agar beristiqamah untuk terus berjaya. Oleh itu haruslah kita
aplikasikan konsep istiqamah ini dalam mengerjakan solat sunat dhuha
agar kita mendapat ganjaran dan kelebihan yang ditawarkan oleh ALLAH
SWT. Amin =)

Aku memohon semoga diberi kekuatan untuk beramal dengan solat Dhuha ini dan teramat yakin rezeki tu akan datang melimpah ruah dari segala arah yang tak disangka-sangkakan. Tentunya yang wajib tu perlu dibereskan dahulu.

Tuesday, April 12, 2011

Perkembangan anak Labuchi

Salam sejahtera. Nak berkongsi perkembangan anak-anak Labuchi kelahiran kali ke-2. Alhamdulillah semua 7 ekor anak-anaknya membesar sihat. Pada umur mereka kini 3 minggu (lahir 22 Mac 2011), purata berat setiap ekor ialah 150gram. Ada se ekor beratnya 200g dan se ekor lagi 100g. Lain-lain 150g. Anak kelahiran pertama Labuchi 6 ekor mati semuanya. Dah cuba diselamatkan dengan menumpangkan pada ibu lain, tapi dah tak ada rezeki.

Labuchi telah dikahwinkan dengan Akbar, baka Flemish Giant. Dengan ke dua-dua induk dan pejantan mempunyai berat melebihi 3kg, diharapkan anak-anak mereka juga akan membesar dengan kadar yang cepat. Dari 7 ekor anak Labuchi, 3 ekor berwarna putih, 3 lagi berwarna coklat persis warna bapa mereka Akbar dan hanya se ekor berwarna kelabu kehitaman seperti warna Labuchi.

7 ekor anak Labuchi pada umur 3 minggu






Jika ada yang berminat untuk memiliki anak-anak Labuchi, sila hubungi saya.

Monday, April 4, 2011

Mac yg telah berlalu

Salam sejahtera,
Pejam celik pejam celik, sebulan dah berlalu. Begitu cepat sekali masa berlalu. Uban di kepala dah makin bertambah. Tak lama lagi mungkin semua rambut di kepala tinggal yang putih shj. Berkongsi warna dengan sebahagian besar bulu arnab yang ada di KAA. Jadi bapak arnab ?? Hah ha.. Pembantu rumah jiran sebelah memang menegur aku dengan panggilan "bapak".
Bulan lepas hanya ada 7 induk yang melahirkan anak. Dua kelahiran adalah buat kali pertama. Lynna anak kacukan English Spot telah melahirkan 4 ekor anak. 2 anak mati semasa kelahiran dan 2 lagi mati pada keesokan harinya. Induk muda ini mungkin tak pandai nak susukan anaknya lagi. Tak nampak ada persiapan seperti cabut bulu dalam kotak sarang yang disediakan. Setelah hari ketiga baru nampak dia mencabut bulu, tapi anak-anaknya dah tak ada lagi. Kesihan si Lynna.
Berbanding dengan "Bahau" anak Flemish Giant yang dibeli tempohari, persiapannya memang awal. Jerami padi yang dimasukkan dalam sangkar telah dipungut dan diletakkan hampir seminggu sebelum tarikh kelahiran. Alhamdulillah 6 ekor anak telah dilahirkan pada tarikh yang dijangkakan.


Minggu lepas 6 ekor arnab telah disembelih untuk kawan-kawan anakku. Mereka berpesta BBQ sakan.

Tambahan reban arnab baru siap tapi sangkar masih lagi dalam pembinaan. Slow and steady je. Hari minggu baru sempat buat. Sangkar lama tu tinggal 4 sel aje yang masih digunakan. Lain-lain yang berkarat lantai tak boleh digunakan lagi.