Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Monday, April 18, 2011

Peringatan

Salam sejahtera,
Dalam kita berusaha untuk mempertingkatkan hasil dari hobi ternakan arnab ini, aku diperingatkan oleh kengkawan di wargakilang dengan artikel di bawah. Semoga ia menjadi peringatan buat diriku dan para pembaca sekelian.

Jumaat, April 15, 2011


SOLAT SUNAT DHUHA DEKATKAN REZEKI
Oleh: Ustazah Hanisah Harun - (Sumber dari Mohamadazhan.Com)

Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW

berkata: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas
rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas" (Riwayat
Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : "Dua
rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah
baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan." (Riwayat
Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : "Barangsiapa
yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis
dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan
barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia
daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang
menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari
tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis
baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang
menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya
mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan
Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah
tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih
baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya," (Riwayat
At-Thabarani ).

Hadis-hadis diatas jelas menunjukkan tentang kelebihan solat sunat dhuha
dan betapa besar ganjarannya apabila kita menunaikan solat sunat dhuha
dan sentiasa beristiqamah dengan solat sunat ini. Tambahan pula Antara
ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang
mengalakkannya dan menyatakan keutamaan mengenai solat sunat ini,
antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

"Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku
tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah
mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat
Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada
tiap-tiap bulan" (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
"Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang
kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu
sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai
ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha ."
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Waktu solat Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan
berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan
iaitu dilewatkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat
yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat
rakaat, enam rakaat, lapan rakaat dan dua belas rakaat. Menurut
sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil
yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.

Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :
"Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya
seberapa yang dikehedakinya." (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu
Majah)

Lafaz niat :

"Usolli Sunnatal Dhuhaa Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar "
Sahaja aku solat sunat duha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Selepas membaca Al- Fatihah pada rakaat pertama digalakkan membaca surah
As-Syams. Manakala Pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah digalakkan juga
membaca surah Ad-Duha. Semasa sujud akhir bacalah surah Ad-Duha 1 kali.

Selepas memberi salam digalakkan membaca Doa Nabi Besar Kesayangan Kita
s.a.w ini

"Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah
kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu
,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu ".

" Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada
di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram
sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala
yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh ."

Jom sahabat2 kita lakukan solat sunat ini dengan penuh keazaman dan
istiqamah. Semua orang boleh cakap untuk berazam kan? Semua orang boleh
akap istiqamah kan? Senarailah sebanyak mana sekalipun azam kita. Satu
hakikat yang pasti, semuanya bergantung kepada kekuatan diri kita untuk
terus istiqamah dan berazam dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Mana mungkin kita dapat ganjaran yang ditawarkan oleh ALLAH tanpa
usaha,azam dan istiqamah? Orang yang beristiqamah bermaksud seorang yang
gigih tekun dan komited dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan sehingga
tercapai matlamatnya.

Dalam konteks kehidupan sekarang, apapun yang kita lakukan ia menuntut
kita agar beristiqamah untuk terus berjaya. Oleh itu haruslah kita
aplikasikan konsep istiqamah ini dalam mengerjakan solat sunat dhuha
agar kita mendapat ganjaran dan kelebihan yang ditawarkan oleh ALLAH
SWT. Amin =)

Aku memohon semoga diberi kekuatan untuk beramal dengan solat Dhuha ini dan teramat yakin rezeki tu akan datang melimpah ruah dari segala arah yang tak disangka-sangkakan. Tentunya yang wajib tu perlu dibereskan dahulu.

No comments:

Post a Comment