Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Saturday, November 19, 2011

Terkejut di awal pagi

Salam sejahtera,
Aku dikejutkan oleh salakan kuat anjing diluar rumah. Aku menoleh ke arah jam loceng di atas meja dalam bilik tidurku. Jarum menunjukkan waktu itu hampir 3 pagi. Aku bingkas bangun dan mengajak anakku yang masih bermain game sambil menjerit "anjing dok menyalak kat luaq, tentu tengah kacau arnab, Jom pi tengok sat ". Aku berlari turun tangga dan terus mendapatkan kunci rumah dan lampu suluh yang diletakkan di kabinet dapur. Sebaik pintu dibuka, anjing masih menyalak kuat. Geram hati aku melihat 3 ekor anjing, 2 berwarna hitam dan se ekor berwarna putih berada di bawah sangkar arnab yang berdekatan dengan pagar. Aku mencapai sebatang kayu yang berada di ruang anjung rumah dan meluru ke arah sangkar. 2 anjing hitam terus berlari keluar meninggalkan yang putih yang masih mencakar-cakar lantai sangkar arnab. Sebaik saja aku mendekati sangkar arnab, anjing putih tadi terus berlari ke belakang. Aku menyuruh anakku memerhatikan anjing tu sementara aku memikirkan samada nak terus menghambat anjing tu dalam kawasan ternakan. Takut pun ada kerana dalam keadaan panik anjing tu mungkin menyerang balik. Aku yang hanya memakai kain pelikat dan baju T Pagoda rasa tak sesuai nak masuk dalam kawasan tu dalam suasana gelap. Dalam suasana masih memikirkan apa yang paling baik dibuat, aku lihat anjing tu telah berlari di jalan depan rumahku. Aku cuba memburu tapi ia telah masuk ke dalam kawasan ladang kelapa sawit depan rumahku.

Sangkar arnab berdekatan pagar di serang anjing
 Aku menyuluh ke arah sangkar arnab dan nampak semuanya masih hidup. Mungkin anjing-anjing tu baru saja beroperasi dan tak sempat mencederakan arnab-arnabku, fikirku ketika tu.

Selepas Subuh aku memeriksa kawasan pagar dan aku dapati anjing-anjing tu telah masuk dari bawah pagar yang agak renggang. Aku menanam sebatang kayu dikawasan tersebut dan juga diletakkan sangkar lama untuk menutup kembali kawasan tersebut.
Sekitar jam 10 pagi tadi ketika aku memberikan daun-daun napier pada arnab-arnab di sangkar tu, aku dapati se ekor induk French Angora telah keras tidak bernyawa. Setelah diperiksa dengan teliti, aku dapati kaki arnab tu telah putus digigit anjing. Ia mungkin mati disebabkan pendarahan berlebihan. Geram aku pada anjing-anjing tu terus meruap semula. Terfikir oleh aku nak pancingkan dengan Furadan, telur dan yang sewaktu dengannya. Inilah kali pertama sejak 3 tahun aku memelihara arnab, anjing menyerang arnab-arnabku dan menyebabkan kematian.

Se ekor induk French Angora telah terkorban

1 comment:

  1. Cuba ni.. beli patung harimau saiz sedang atau besar lagi. Letakkan di halaman blakang. Yg mudah dilihat oleh anjing. InsyAllah xde lg gangguan.

    ReplyDelete