Salam sejahtera,
Semoga semua pembaca ceria dan gembira bersama apa jua aktiviti yang anda lakukan. Akhir-akhir ini dah jarang aku meluangkan masa mengemaskini blog ini. Rasa dah kurang excitement melakukannya apabila setiap hari asyik sibuk melayan arnab dengan karenah yang sama.
Aku dah terima notis pindah apabila adik aku mengambil keputusan membina rumah di tanah lot di mana aku menumpang memelihara arnab-arnab tu. Depan rumah aku ada sedikit ruang yang boleh dibangunkan buat sementara waktu kerana rancangan membuat jalan dengarnya dibekukan buat masa ini. Itu mungkin rancangan terdekat buat masa ini. Agak sempit tapi kalau dibuang bertingkat mungkin boleh menempatkan hampir 70-80% dari jumlah arnab yang ada. Aku hanya dapat bertahan dengan 50 ekor induk sahaja. Lebih dari tu kena cari pekerja untuk menjaga mereka.
No comments:
Post a Comment