Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Monday, December 31, 2012

Samak kulit arnab (Rabbit skin tanning)

Salam,

Kebiasaannya kulit arnab yang disembelih akan dibuang bersama dengan bahan dalamannya.Suatu hari terlintas di fikiran daripada dibuang begitu sahaja, elok juga disamak dan disimpan untuk dibuat sesuatu. Bermula dari beberapa carian dalam youtube dan juga bahan bacaan lain dari internet, aku pun cubalah menyimpan kulit arnab untuk di samak. Ada beberapa cara yang digunakan samada dengan otak, bahan cecair kimia ataupun minyak kayu murni (furniture polish).
M inyak kayu murni (furniture polish)

Setakat ini baru saja mulakan dengan 3 ekor kulit arnab yang disamak menggunakan minyak kayu murni. Hasilnya pada pendapat aku, boleh tahan juga. 2 daripadanya yang dijemur pada panas terik menjadi agak keras. Terpaksa diketuk dan dilentur, untuk melembutkan kulit tadi. Yang satu tu agak lembut, dan ianya dijemur tapi ditempat teduh, tak mendapat sinar matahari terik secara terus.


3 kulit cubaan kali pertama

Cara yang digunakan, sebaik sahaja kulit dikeluarkan daripada isi badan arnab, kulit tersebut diperiksa agar tiada daging dan lendir yang terlekat pada kulit. Cucian menggunakan pisau. Selepas itu, kulit dibasuh menggunakan sedikit sabun pencuci pakaian agar baunya lebih enak.
Kulit yang telah dicuci sedang disejat sebelum disapu minyak

Setelah dikeringkan untuk beberapa ketika, kulit tersebut disapu dengan minyak kayu murni di seluruh bahagian dalamannya. Ia akan dikeringkan untuk 1-2 hari atau lebih.

2 comments:

  1. Macam mana hasilnya... percubaan kali ke-2, ke-3, dan seterusnya macam mana....

    ReplyDelete
  2. Salam, baru masuk kali ke-2 setakat ini. Kalau isi dan bahagian dalam kulit dicuci dengan baik, kulit akan menjadi lebih lembut setelah dikeringkan. Kulit yang masih terdapat lapisan lendir boleh juga dikeringkan tetapi kulit akan jadi agak keras dan perlu dilembutkan.

    ReplyDelete