Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Tuesday, December 22, 2009

Masuk sangkar baru

Sejak kelmarin aku mula memasukkan arnab ke sangkar baru yang masih belum siap sepenuhnya. Hanya tingkat atas boleh diduduki setakat ni. Perasmian dimulakan oleh Kelabu dan Itam. Malam ini "si Cincin" anak cincilla changlun, "Mek Tam" lionhead KK dan 3 anak-anak "Koko" pula berpindah ke sangkar baru. Sangkar ini diletakkan berdekatan pokok-pokok pisang bersebelahan reban ayam. Dapatlah sedikit perlindungan dari cahaya matahari dan angin yang kekadang agak kuat.
Pandangan depan


Pandangan belakang





Mek Tam, anak lionhead KK


Itam, anak Koko & Dutch Bkt Gedung


Kelabu Jr, anak Putih Penaga dan Kelabu Sr petshop KB
 

Si Cincin, anak chincilla Changlun


anak-anak Koko dan Dutch Bkt Gedung



Sementara tu pokok Napier Taiwan yang ditanam hampir sebulan yang lalu dah mula bercambah. Aku bercadang untuk menggunakan sedikit kawasan di belakang reban ayam untuk menanam pokok Napier ni.


sebelah pokok pisang







2 comments:

  1. Sangkar ni 2 tingkat ke? Brp cell satu tingkat?

    ReplyDelete
  2. Ye, 2 tingkat, kat atas sy buat 7 cell, cadang yg kat bawah nak buat 8 cell.

    ReplyDelete