Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Monday, January 4, 2010

2010 - kelahiran

Salam sejahtera. Alhamdulillah pada hari kedua tahun 2010 salah seekor dari arnabku telah melahirkan anaknya. Putih Penaga (KPG3) beranak untuk kali ke empat dengan 6 ekor anak. Sejarah kelahiran KPG3 agak tidak memberangsangkan dengan jumlah yang kecil, kematian pada saat kelahiran dan juga dikhuatiri telah memakan anaknya sendiri. Pada kelahiran kali ini, KPG3 nampaknya lebih bersedia dan harapanku agar anak-anaknya akan membesar dengan baik. Menurut rekodku, KPG3 telah dikahwinkan dengan baka pedaging NZ (PNZ1)yang dibeli dari Kristal Mutiara.


KPG3 melahirkan anaknya pada sebelah petang sekitar jam 2:00. Sebelum Zohor aku telah melihat bulu-bulu  KPG3 telah banyak dicabutnya. Sebahagian besar didalam kotak sarang dan ada sebahagian lagi bertibaran merata di lantai sangkar. Melihat gelagat KPG3 aku segera menambahkan carikan kertas yang masih ada dalam  simpanan aku.

Beberapa ketika sebelum kelahiran


Anak-anak KPG3 sejurus selepas kelahiran


1 comment: