Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Thursday, October 21, 2010

Depa dah masuk - baka pedaging

Chincilla

New Zealand White

Flemish Giant

Salam sejahtera,
Depa mai naik kereta, jalan jauh tukaq angin. Baru umur 2 bulan tapi berat masing-masing dah sekitar 2kg (FG-2.1kg, Chincilla-1.6kg, NZW-1.8kg).

Alhamdulillah pencarian baka pedaging dah tercapai. Aku telah menempah 3 ekor FG dari rakan penternak di Selangor melalui blog beliau. Walaupun aku tak dapat semua baka FG yang ditempah, baka lain yang diganti tak kurang bersemangat juga saiz mereka. Aku ingin mengambil kesempatan disini mengucapkan terima kasih kepada rakan sekolah aku yang telah bersusah payah membawa mereka dari negeri Darul Ehsan ke Pulau Mutiara. Semoga Allah memberikan pahala atas pertolongan beliau.
Aku amat teruja sebaik shj menerima mereka, maklumlah sebab baru 2 bulan tapi saiz dan berat mereka hampir mengatasi semua arnab yang ada dalam peliharaan aku, kecuali satu. Yang satu tu ialah si Sayong baka NZW pemberian abang Mail. Apa khabar abang Mail sekarang ya, dah pencen dah ke?
Sayong baru melahirkan anak kali ke tiga dan jumlah anaknya mungkin 7 atau 8 ekor. Berat Sayong kini dah hampir 3kg. Tak sangka juga ia telah jadi seberat tu. Hampir 6 bulan lepas, berat Sayong sekitar 2.5kg. Kemungkinan anak-anak Sayong membesar sehingga 3kg rendah kerana pejantan yang aku ada tidak seberat Sayong. Badang yang dibeli dari Cikgu Siti, Changlun hanya mempunyai berat dalam 2.1kg shj.

2 comments:

  1. Abg Mail belum pencen lagi tapi dekat dah la. Nanti kalau dah beranak baka pedaging ni, sy nak cop sekor dua, boleh? Hari tu pusing2 kat Kg Tersusun tapi tak jumpa la rumah. Nak call segan sbb waktu kerja...

    ReplyDelete
  2. Insya Allah tak da masalah. Call atau sms pun tak pa. Alamat rumah 1852 Jalan 2.

    ReplyDelete