Salam sejahtera.
Alhamdulillah malam tadi Mutiara (Hotot) selamat melahirkan 8 ekor anak. Dengan kelahiran ini ia menjadi induk yang ke tiga selepas Sayong (NZW) dan Arang (Mix) sebagai ahli Kelab 8. Mutiara setakat ini telah melahirkan anak sebanyak 4 kali bermula dengan kelahiran pertama pada bulan Ogos tahun lepas. Pada kelahiran pertama, habis semua anak-anaknya mati dimakan oleh Mutiara. Ini mungkin sindrom ibu baru lahir anak. Pada dua kelahiran selepas itu, Mutiara telah berubah dan menjaga anaknya dengan baik. Diharapkan pada kelahiran kali ini Mutiara akan dapat menjaga anak-anaknya dengan baik tanpa sebarang kematian. Menjadi tanggungjawab aku juga sebenarnya untuk memberikan makanan tambahan yang bersesuaian kepada Mutiara. Insya Allah, aku akan mendapatkan vitamin serta daun-daun berprotien tinggi kepada Mutiara.
Sedikit perkembangan ahli Kelab 8.
Anak Sayong hanya tinggal 5 ekor sekarang. 5 lagi telah mati.
Anak Arang 9 ekor yang dilahirkan pada 23 Jan lepas masih nampak sihat kebanyakkannya. Ada 1 atau 2 ekor nampak agak kurus sikit, mungkin tak dapat cukup susu.
Dengan pertambahan anak yang cukup memberangsangkan ini, aku dapati sangkar di KAA memang dah tak cukup untuk arnab-arnab ni diami. Sekarang ini dah ada 88 sangkar dan sebahagiannya dikongsi bersama sementara mereka masih dibawah umur 3 bulan. Aku telah mula memikirkan untuk membuat sangkar tambahan. Dawai telah dibeli tapi belum sempat lagi untuk aku luangkan masa nak buat semua tu. Pada masa yang sama sebahagian dari lantai sangkar yang dibuat tahun lepas dah mula berkarat dan pecah. Itu semua perlu diperbaiki. Cadangan aku, cuti Tahun Baru Cina nanti aku akan buat sebahagian dari kerja-kerja tu. Kalau tak sempat juga, alamatnya akan ada beberapa ekor yang akan jadi satay nanti.
Arnab untuk dijual
- Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas
Thursday, January 27, 2011
Sunday, January 23, 2011
Pelbagai Bekas makanan
Salam,
Di KAA terdapat beberapa jenis bekas makanan yang digunakan. Kebanyakannya hanyalah bekas tembikar tradisional yang diletakkan dalam sangkar arnab. Bekas jenis lain termasuklah paip pvc, botol plastik minyak masak dan bekas plastik yang dibeli dari kedai.
Kegunaan botol plastik minyak masak biasanya untuk arnab yang suka meng-kais makanannya. Memang memeningkan kepala bila ada se ekor dua yang nakal nak perhatian kita. Habis makanan disepah-sepahkan. Disebabkan bahasa yang arnab ni guna belum dapat dipelajari, maka susahlah nak tahu apa dia nak. He he...
Sedikit perkembangan kelahiran. Insya Allah mulai malam ini hingga akhir bulan, dijadualkan akan ada 5 atau 6 induk yang akan melahirkan anak. Dan ada 2 - 3 ekor yang dah mula menyiapkan kotak sarang untuk anak-anak yang bakal dilahirkan.
Bersambung tentang azam 2011 yang belum sempat ditulis sebelum ini. Insya Allah penumpuan akan diberikan pada pembiakan baka pedaging. Setakat ini baka induk yang dibeli Oktober tahun lepas telah berjaya dikahwinkan. Akbar baka pejantan Flemish Giant telah dikahwinkan dengan baka lain yang ada di KAA. Anak-anak yang dilahirkan hasil dari kacukan ini Alhamdulillah nampaknya lebih besar saiznya.
Selepas ini satu masalah yang perlu difikirkan ialah kawasan yang luas diperlukan....nak kena tanya adik aku yang seorang lagi tu. Tanah lotnya masih semak... kalau dia tak berniat untuk bina rumah dalam masa terdekat... ada peluang nak usahasama...
Semoga segala azam, niat dan usaha ini menjadi kenyataan dan yang penting sekali mendapat keberkatan dari Ilahi.
Di KAA terdapat beberapa jenis bekas makanan yang digunakan. Kebanyakannya hanyalah bekas tembikar tradisional yang diletakkan dalam sangkar arnab. Bekas jenis lain termasuklah paip pvc, botol plastik minyak masak dan bekas plastik yang dibeli dari kedai.
Kegunaan botol plastik minyak masak biasanya untuk arnab yang suka meng-kais makanannya. Memang memeningkan kepala bila ada se ekor dua yang nakal nak perhatian kita. Habis makanan disepah-sepahkan. Disebabkan bahasa yang arnab ni guna belum dapat dipelajari, maka susahlah nak tahu apa dia nak. He he...
bekas tembikar dan pelapik |
botol plastik minyak masak, depa ni kais makanan dari bekas pvc |
bekas pvc |
Bersambung tentang azam 2011 yang belum sempat ditulis sebelum ini. Insya Allah penumpuan akan diberikan pada pembiakan baka pedaging. Setakat ini baka induk yang dibeli Oktober tahun lepas telah berjaya dikahwinkan. Akbar baka pejantan Flemish Giant telah dikahwinkan dengan baka lain yang ada di KAA. Anak-anak yang dilahirkan hasil dari kacukan ini Alhamdulillah nampaknya lebih besar saiznya.
Selepas ini satu masalah yang perlu difikirkan ialah kawasan yang luas diperlukan....nak kena tanya adik aku yang seorang lagi tu. Tanah lotnya masih semak... kalau dia tak berniat untuk bina rumah dalam masa terdekat... ada peluang nak usahasama...
Semoga segala azam, niat dan usaha ini menjadi kenyataan dan yang penting sekali mendapat keberkatan dari Ilahi.
Sunday, January 16, 2011
Sayong beranak 10 lagi
Salam sejahtera,
Alhamdulillah Sayong (NZW) telah melahirkan anak lagi dan kali ini hasil dari perkahwinan dengan Akbar, baka Flemish Giant. Sayong sekali lagi melahirkan 10 ekor anak. Malangnya pada hari kedua, 2 ekor anaknya telah mati kemungkinan besar terhimpit oleh badan Sayong. Rekod anak-anak Sayong membesar setakat ini walaubagaimanapun tidak memberangsangkan. Dari kelahiran lepas hanya seekor sahaja yang masih hidup. Aku berharap dan berdoa agar anak-anak yang 8 ekor yang masih hidup tu akan membesar dengan baik. Teruja juga nak lihat baka Flemish Giant+NZW tu membesar. Sebelum ini pejantan yang ada tak sebesar saiz Akbar.
Setakat pertengahan Jan ini hanya ada 3 kelahiran di KAA. Mengikut rekod 8 kelahiran akan berlaku dalam masa 2 minggu yang terakhir.

Tuesday, January 4, 2011
Perancangan seterusnya
Salam,
Aku ada beberapa angan-angan yang boleh dijadikan kenyataan dengan hobi ternak arnab ni. Insya Allah akan diusahakan sedikit demi sedikit. Sebelum tu nak ceritakan sedikit perkembangan di awal 2011 ni.
Dalam tulisan sebelum ini aku telah merancang untuk mengurangkan baka campuran yang ada dalam stok. Dah beberapa ekor telah dikorbankan menjadi juadah kami sekeluarga. Ada juga yang telah dijual dagingya pada rakan-rakan sekerja. Ada juga beberapa ekor yang telah pergi sebelum sempat aku korbankan mereka. Mixie & Sheera telah menemui Pencipta mereka setelah beberapa hari melahirkan anak. Anak Sheera tak dapat diselamatkan langsung walaupun telah cuba ditumpangkan pada induk lain. Hanya 2 ekor anak Mixie dari 8 ekor anaknya yang telah ditumpangkan pada Princess masih bernyawa. Alhamdulillah sanggup juga Princess menjadi ibu tumpang walaupun anaknya telah mati beberapa hari sebelum tu. Kemungkinan besar punca kematian adalah dari stress melahirkan anak dan juga cuaca yang tak menentu.
Koko juga telah meninggalkan KAA buat selama-lamanya. Ia merupakan antara induk yang paling produktif dengan 37 ekor anak dalam masa ia berada dalam peliharaan KAA selama hampir 2 tahun. Aku mengagak ia telah menjangkau umur 4 atau 5 tahun.
Sementara tu baka pedaging yang dibeli Oktober 2010 akan cuba dikahwinkan sekitar pertengahan bulan ini atau awal bulan depan. Dari segi tumbesaran, nampaknya Labuchi (Chincilla) telah hampir sama atau mengatasi saiz Akbar (Flemish Giant). Semasa awal pembelian, Labuchi adalah yang paling ringan dengan berat badan 1.6kg.
Yang ini pula ialah lebah yang tumpang kat pokok jambu belakang rumah. Kalau depa bersarang disini dan beri madu pada keluarga aku, baik juga.
Aku belum sempat cerita angan-angan aku kali ini. Akan bersambung kemudian.
Aku ada beberapa angan-angan yang boleh dijadikan kenyataan dengan hobi ternak arnab ni. Insya Allah akan diusahakan sedikit demi sedikit. Sebelum tu nak ceritakan sedikit perkembangan di awal 2011 ni.
Dalam tulisan sebelum ini aku telah merancang untuk mengurangkan baka campuran yang ada dalam stok. Dah beberapa ekor telah dikorbankan menjadi juadah kami sekeluarga. Ada juga yang telah dijual dagingya pada rakan-rakan sekerja. Ada juga beberapa ekor yang telah pergi sebelum sempat aku korbankan mereka. Mixie & Sheera telah menemui Pencipta mereka setelah beberapa hari melahirkan anak. Anak Sheera tak dapat diselamatkan langsung walaupun telah cuba ditumpangkan pada induk lain. Hanya 2 ekor anak Mixie dari 8 ekor anaknya yang telah ditumpangkan pada Princess masih bernyawa. Alhamdulillah sanggup juga Princess menjadi ibu tumpang walaupun anaknya telah mati beberapa hari sebelum tu. Kemungkinan besar punca kematian adalah dari stress melahirkan anak dan juga cuaca yang tak menentu.
Koko juga telah meninggalkan KAA buat selama-lamanya. Ia merupakan antara induk yang paling produktif dengan 37 ekor anak dalam masa ia berada dalam peliharaan KAA selama hampir 2 tahun. Aku mengagak ia telah menjangkau umur 4 atau 5 tahun.
Sementara tu baka pedaging yang dibeli Oktober 2010 akan cuba dikahwinkan sekitar pertengahan bulan ini atau awal bulan depan. Dari segi tumbesaran, nampaknya Labuchi (Chincilla) telah hampir sama atau mengatasi saiz Akbar (Flemish Giant). Semasa awal pembelian, Labuchi adalah yang paling ringan dengan berat badan 1.6kg.
Labuchi kini 2.2kg |
Akbar, 2.3kg |
Meru, 2.1kg |
Lebah berhibernasi kat pokok jambu |
Subscribe to:
Posts (Atom)