Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Sunday, January 16, 2011

Sayong beranak 10 lagi

Salam sejahtera,
Alhamdulillah Sayong (NZW) telah melahirkan anak lagi dan kali ini hasil dari perkahwinan dengan Akbar, baka Flemish Giant. Sayong sekali lagi melahirkan 10 ekor anak. Malangnya pada hari kedua, 2 ekor anaknya telah mati kemungkinan besar terhimpit oleh badan Sayong. Rekod anak-anak Sayong membesar setakat ini  walaubagaimanapun tidak memberangsangkan. Dari kelahiran lepas hanya seekor sahaja yang masih hidup. Aku berharap dan berdoa agar anak-anak yang 8 ekor yang masih hidup tu akan membesar dengan baik. Teruja juga nak lihat baka Flemish Giant+NZW tu membesar. Sebelum ini pejantan yang ada tak sebesar saiz Akbar.
Setakat pertengahan Jan ini hanya ada 3 kelahiran di KAA. Mengikut rekod 8 kelahiran akan berlaku dalam masa 2 minggu yang terakhir.

2 comments: