Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Sunday, January 23, 2011

Pelbagai Bekas makanan

Salam,
Di KAA terdapat beberapa jenis bekas makanan yang digunakan. Kebanyakannya hanyalah bekas tembikar tradisional yang diletakkan dalam sangkar arnab. Bekas jenis lain termasuklah paip pvc, botol plastik minyak masak dan bekas plastik yang dibeli dari kedai.
Kegunaan botol plastik minyak masak biasanya untuk arnab yang suka meng-kais makanannya. Memang memeningkan kepala bila ada se ekor dua yang nakal nak perhatian kita. Habis makanan disepah-sepahkan. Disebabkan bahasa yang arnab ni guna belum dapat dipelajari, maka susahlah nak tahu apa dia nak. He he...
bekas tembikar dan pelapik

botol plastik minyak masak, depa ni kais makanan dari bekas pvc

bekas pvc
Sedikit perkembangan kelahiran. Insya Allah mulai malam ini hingga akhir bulan, dijadualkan akan ada 5 atau 6 induk yang akan melahirkan anak. Dan ada 2 - 3 ekor yang dah mula menyiapkan kotak sarang untuk anak-anak yang bakal dilahirkan.
Bersambung tentang azam 2011 yang belum sempat ditulis sebelum ini. Insya Allah penumpuan akan diberikan pada pembiakan baka pedaging. Setakat ini baka induk yang dibeli Oktober tahun lepas telah berjaya dikahwinkan. Akbar baka pejantan Flemish Giant telah dikahwinkan dengan baka lain yang ada di KAA. Anak-anak yang dilahirkan hasil dari kacukan ini Alhamdulillah nampaknya lebih besar saiznya.
Selepas ini satu masalah yang perlu difikirkan ialah kawasan yang luas diperlukan....nak kena tanya adik aku yang seorang lagi tu. Tanah lotnya masih semak... kalau dia tak berniat untuk bina rumah dalam masa terdekat... ada peluang nak usahasama...
Semoga segala azam, niat dan usaha ini menjadi kenyataan dan yang penting sekali mendapat keberkatan dari Ilahi.

No comments:

Post a Comment