Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Tuesday, January 4, 2011

Perancangan seterusnya

Salam,
Aku ada beberapa angan-angan yang boleh dijadikan kenyataan dengan hobi ternak arnab ni. Insya Allah akan diusahakan sedikit demi sedikit. Sebelum tu nak ceritakan sedikit perkembangan di awal 2011 ni.
Dalam tulisan sebelum ini aku telah merancang untuk mengurangkan baka campuran yang ada dalam stok. Dah beberapa ekor telah dikorbankan menjadi juadah kami sekeluarga. Ada juga yang telah dijual dagingya pada rakan-rakan sekerja. Ada juga beberapa ekor yang telah pergi sebelum sempat aku korbankan mereka. Mixie & Sheera telah menemui Pencipta mereka setelah beberapa hari melahirkan anak. Anak Sheera tak dapat diselamatkan langsung walaupun telah cuba ditumpangkan pada induk lain. Hanya 2 ekor anak Mixie dari 8 ekor anaknya yang telah ditumpangkan pada Princess masih bernyawa. Alhamdulillah sanggup juga Princess menjadi ibu tumpang walaupun anaknya telah mati beberapa hari sebelum tu. Kemungkinan besar punca kematian adalah dari stress melahirkan anak dan juga cuaca yang tak menentu.
Koko juga telah meninggalkan KAA buat selama-lamanya. Ia merupakan antara induk yang paling produktif dengan 37 ekor anak dalam masa ia berada dalam peliharaan KAA selama hampir 2 tahun. Aku mengagak ia telah menjangkau umur 4 atau 5 tahun.
Sementara tu baka pedaging yang dibeli Oktober 2010 akan cuba dikahwinkan sekitar pertengahan bulan ini atau awal bulan depan. Dari segi tumbesaran, nampaknya Labuchi (Chincilla) telah hampir sama atau mengatasi saiz Akbar (Flemish Giant). Semasa awal pembelian, Labuchi adalah yang paling ringan dengan berat badan 1.6kg.

Labuchi kini 2.2kg


Akbar, 2.3kg


Meru, 2.1kg
 Yang ini pula ialah lebah yang tumpang kat pokok jambu belakang rumah. Kalau depa bersarang disini dan beri madu pada keluarga aku, baik juga.


Lebah berhibernasi kat pokok jambu
 Aku belum sempat cerita angan-angan aku kali ini. Akan bersambung kemudian.

1 comment:

  1. saya pn sempat jmp en hr sabtu lepas....tp saya x sanggup makan daging arnab.......

    ReplyDelete