Arnab untuk dijual

  • Anda ingin miliki arnab? Sila hubungi saya di 019-4944498 atau datang sendiri ke 1852 Kampung Tersusun Pongsu Seribu, Kepala Batas

Monday, May 18, 2009

Langkah bermula



Assalamualaikum semua,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi pengalaman memelihara arnab sebagai haiwan peliharaan dan juga melihat potensi untuk dikembangkan sebagai satu industri pemakanan. Mulanya nak jadikan sebahagian dari sumber protien untuk keluarga, dan pada masa yang sama teringat juga untuk jadikan hobi ini sebagai suatu sumber pendapatan tambahan dengan jualan anak-anak arnab dan juga daging arnab.

Mulai Feb 2009 dengan bermodal sedikit peruntukan dari bonus tahun 2008 yang diterima, aku telah mula membuat sangkar 3-tingkat untuk menempatkan arnab yang akan dibeli nanti. Aku pernah juga memelihara arnab kampung pada suatu masa dulu dan telah berkembang biak mungkin melebihi 100 ekor. Tapi pada masa tu semuanya main pandai-pandai sendiri aje. Tapi kali ini dengan adanya sumber dari internet, nak buat lebih lebih baik dari dahulu.

Selepas siap rumah arnab, aku mula mencari-cari tempat yang menjual arnab. Mulanya aku ke rumah bapa saudaraku dimana ada seorang anaknya memelihara beberapa jenis arnab. Beliau membeli sebahagiannya dan selebihnya didapati dari kawan-kawannya. Salah satu tempat yang dibelinya adalah dari petshop di B. Pulau, tempat bapaku menetap.

Aku ada juga bertanya dari kedai yang menjual anak ayam di K. Batas ni tapi tak ada. Selepas ni sambung dengan arnab belian pertama.

No comments:

Post a Comment